(HIBURAN) IZZUE ISLAM KINI MENYERTAI NADIA HENG SEBAGAI VJ STUDIO HYPPTV

Spread the love

Izzue_Nadia_lowres

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya, HyppTV, mengalu-alukan penglibatan pelakon dan penyanyi tempatan, Izzue Islam sebagai VJ Studio HyppTV yang baharu bermula Aprill 2015. Studio HyppTV adalah sebuah program bulanan yang memaparkan rancangan rancangan terkini dan eksklusif yang bakal disiarkan di HyppTV pada setiap bulan.

Studio HyppTV kini memperkenalkan konsep yang baru dengan penyertaan Izzue Islam sebagai VJ Bahasa Malaysia bergandingan dengan VJ Bahasa Inggeris yang sedia ada, Nadia Heng. Selaras bagi memenuhi permintaan penonton program tempatan di HyppTV yang semakin bertambah bilangannya. Program Studio HyppTV disiarkan di 40 saluran HyppTV dan juga di laman sosial media HyppTV .

Berusia 24 tahun, Izzue Islam merupakan seorang aktor dan penyanyi yang amat di kenali di Malaysia. Beliau telah membintangi pelbagai filem tempatan dan drama melayu antaranya ‘Hantu Kapcai’, ‘Kami Histeria’, ’29 Februari’ dan ‘Songlap’. Beliau mula dikenali selepas memenangi anugerah ‘Pelakon Harapan Terbaik’ – Festival Filem Malaysia Ke 25”, ‘Hero Baru Terhebat’ – Anugerah Blokbuster 2 , ‘Persembahan Vokal Terbaik Berkumpulan(bersama kumpulan Forteen)’ – Anugerah Industri Musik 2012 dan pernah dicalonkan sebagai ‘Artis Baru Lelaki Popular’ di Anugerah Bintang Popular 2012.

Dikenali sebagai ‘Hypp Babe’, Nadia Heng dinobatkan sebagai ‘Miss World Malaysia’ pada tahun 2010 dan telah mewakili Malaysia ke pertandingan akhir Miss World di Sanya, China pada yang sama. Semenjak itu, Nadia terus megorak langkah dalam industri seni tanah air. Kini Nadia dikenali sebagai hos tv, pengacara di majlis-majlis berprestij, model dan juga baru-baru ini Nadia memulakan karier sebagai pelakon dengan membintangi sebuah filem aksi berjudul ‘Langgar’. Nadia juga kerap menghiasi kulit muka depan majalah seperti FHM, KL Lifestyle, Wanita dan banyak lagi. Kemahiran berbahasa dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan juga Mandarin membolehkan beliau menjadi pengacara yang serba boleh. Sering diberi kepercayaan untuk mengacara majlis-majlis korporat berprestij seperti Aston Martin, Citroen, Aigner, Tag Heuer dan banyak lagi. Nadia mula menyertai HyppTV Studio sejak 2012, dan dengan gandingan yang dinamik bersama Izzue Islam pastinya memberikan nafas baharu kepada program terbitan HyppTV Studio.

Istimewa untuk bulan April, pelbagai program pertama dan eksklusif untuk tayangan di HyppTV antaranya, drama siri terbaharu ‘BIB’ yang menampilkan drama siri aksi bola jaring lelaki pertama di Malaysia lakonan Shah Iskandar, Ika Nabila, Reza Hasbi and Cik Manggis. Ditawarkan di dalam pek Aneka, yang menawarkan saluran HyppSensasi bersama saluran Channel M HD, Sony Max, Dunia Sinema dengan hanya RM30 sebulan. Pakej ini membolehkan pelanggan HyppTV mengakses ke pelbagai rancangan terbaru dan eksklusif tempatan dan Asia dengan harga yang berbaloi antaranya drama siri terkini ‘BIB’ dari saluran HyppSensasi, ‘Dancing 9’ musim ketiga; program realiti TV tarian di Channel M HD dan pelbagai filem tempatan yang menghiburkan di saluran Dunia Sinema antaranya ‘Mantra’ dan ‘Jangan Tegur’ dan ‘Deewat-E-Ishq’,’Queen’,’Shudd Desi Romance’ dari saluran Sony Max HD. Semua ini dapat dinikmati dengan selesa dirumah atau di mana sahaja menerusi aplikasi HyppTV Everywhere yang boleh dimuat turun dari menerusi Play Store Android atau App Store Apple. Setiap pelanggan boleh menikmati 7 hari percuma dengan setiap muat turun dan pendaftaran.

Untuk info yang lanjut, sila layari www.tm.com.my/hypptv dan laman sosial media HyppTV www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hyppworld   (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmofficialtube (Youtube).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *