(SEMASA) TOP Memperkenal Konsep Kebersihan Menyeluruh untuk Pembersih Pakaian, Lebih selesa dan Kesejahteraan yang Lebih Baik

Spread the love

TOP_003_1_1_1_1

TOP adalah jenama detergen pakaian no 1 di Malaysia. Ia mengungguli konsep kehidupan bersih menyeluruh ke arah kebersihan, keselesaan, dan kesejahteraan yang lebih baik.

TOP telah memulakan kempen kesedaran untuk mendidik pengguna tentang perbezaan antara cucian yang kelihatan bersih dan bersih menyeluruh, bermula di Pasaraya MYDIN USJ, di sini, hari ini.

Berdasarkan keupayaan teknologi LION Corporation Japan, TOP mampu memberi produk unggul yang menangani isu-isu kebersihan dan meningkatkan nilai kehidupan harian pengguna melangkaui pembersihan kotoran yang kelihatan penghapusan kotoran tidak kelihatan seperti bakteria, sebum dan protein yang merupakan punca bau, alahan, bahkan beberapa penyakit berjangkit.

TOP yang diuruskan oleh syarikat tempatan Southern Lion Sdn Bhd, turut memperkenalkan Teknologi FreshCare yang mengandungi pewangi “Rich Lasting” untuk kesegaran berpanjangan, diperhebatkan dengan pewangi mikrokapsul yang diaktifkan melalui geseran dan membebaskan haruman semerbak yang mampu memberikan haruman berkekalan sehingga 14[2] hari daripada membasuh hingga kepada memakai. Teknologi ini dirumuskan dalam varian ‘Blooming Freshness’ terbaru, dan telah mendapat respon yang baik daripada pengguna.

Menurut Southern Lion Sdn Bhd, Pengurus Kanan Pemasaran, Cik Carmen Foo, TOP adalah peneraju dalam menyediakan penyelesaian praktikal kepada kesulitan semasa mencuci yang berkaitan kepada perubahan gaya hidup, seperti ruang terhad, cucian pada waktu malam dan pengeringan di dalam rumah, keperluan untuk detergen yang lebih efisien dari segi penjimatan tenaga dan air, serta perubahan cuaca seperti jerebu dan keadaan berkaitan kebersihan seperti peningkatan penyakit berkaitan pernafasan.

“Sejak kemunculannya di Malaysia pada 2003, TOP mendapat perhatian  segera daripada pengguna menerusi pengenalan penyelesaian cucian yang inovatif dan disokong oleh pendekatan pemasaran yang mengutamakan pengguna serta penyelidikan pemasaran yang berterusan untuk memahami keperluan dan gaya hidup mereka menjadikan TOP kini muncul sebagai jenama detergen cucian No. 1 di Malaysia. Kami berusaha keras untuk mengubah persepsi pengguna tentang kebersihan dengan memperkenalkan konsep kebersihan yang menyeluruh, melangkaui kotoran yang kelihatan kepada yang tidak kelihatan, dan juga merangkumi keselesaan dan kesejahteraan,” kata Cik Foo.

TOP adalah detergen pakaian pertama yang memperkenalkan teknologi anti-bau hapak di Malaysia pada tahun 2003. Ia kemudiannya memperkenalkan formulasi anti-debu hama pada tahun 2011 yang terbukti menghapus 99.9% debu hama yang merupakan sumber alahan, dan terus menggunguli konsep kebersihan yang menyeluruh.

“TOP telah dan terus mengubah industri detergen di Malaysia melalui penyelidikan canggih dan pembangunan berteknologi tinggi yang menerajui inovasi kami. Kami telah menawan hati dan minda pengguna dengan sentiasa menyediakan penyelesaian yang praktikal untuk menangani masalah cucian mereka,” terang Cik Foo.

“Pengenalan teknologi kebersihan yang menyeluruh ini memberi peluang kepada TOP untuk terus berkhidmat kepada pengguna kami melalui cucian yang lebih bersih, memberi keselesaan dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi semua produk kami.”

“Teknologi FreshCare dari Jepun diformulasikan di dalam varian serbuk pencuci baru Blooming Freshness yang telah diperkenalkan kepada pengguna yang menginginkan wangian kekal lama dan menetapkan standard prestasi baru dalam kategori detergen pakaian melalui pewangi yang terbukti kekal sehingga 14[3] hari daripada membasuh sehingga memakai,” beliau berkata.

Penyelidikan Memimpin Kejayaan Teknologi Cucian

 

Menurut Encik Naoyuki Egawa, Ketua Penyelidik (Pembangunan Produk Antarabangsa), Makmal Penyelidikan Penjagaan Fabrik, Lion Corporation Japan, konsep kebersihan menyeluruh diterima dengan baik di Jepun hasil kebaikan produk.

Encik Egawa menerangkan bahawa kebersihan menyeluruh bukan sahaja menanggalkan kotoran yang kelihatan tetapi yang tidak kelihatan juga. Tujuannya adalah untuk menghalang atau mengurangkan kesan mikrobiologi seperti bau hapak atau risiko jangkitan yang mungkin merebak melalui pakaian yang kotor atau kemasan fabrik.

“TOP mengubah fungsi detergen pakaian. Teknologi TOP mempunyai agen pembersih yang unik yang menembusi dengan pantas dan lebih dalam ke serat fabrik, melitupi permukaan kotoran, mengurai dan menanggalkannya. Kotoran-kotoran ini kemudiannya akan disingkirkan bersama dengan air basuhan.”

“TOP menghapuskan bakteria melalui enzim khusus, menyumbang kepada pencegahan bau busuk yang dihasilkan oleh metabolisma bakteria. Teknologi anti-debu hama kami adalah satu lagi inovasi yang terbukti. Dua teknologi ini meningkatkan tahap kebersihan, keselesaan dan kesejahteraan hidup,” beliau menambah.

Menurut Cik Miki Ohwaku, Ketua Penyelidik (Pewangi untuk Penjagaan Fabrik), Pusat Penyelidikan Perisa & Wangian, Lion Corporation, Teknologi FreshCare yang digunakan di dalam varian TOP Blooming Freshness adalah teknologi terbaru yang diperkenalkan oleh Lion Corporation Japan.

“Kami berbangga kerana telah memperkenalkan Teknologi FreshCare sebagai penyelidikan yang telah menunjukkan bahawa wangian boleh mempengaruhi emosi dan kesejahteraan. Tujuan teknologi ini adalah untuk keharuman berpanjangan supaya pengguna merasai kesegaran sepanjang hari,” kata Cik Ohwaku.

Kebaikan Lain di Dalam Detergen TOP

Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial  LION Japan terhadap masa depan yang mapan, rangkaian detergen TOP juga mengandungi Methyl Ester Sulphontaes (MES), agen pembersih yang berasaskan tumbuhan, bersifat neutrel karbon, dan mudah terurai dalam air kumbahan. Ia mampu memberikan kuasa pembersihan berprestasi tinggi hanya dengan dos kecil.

Produk Boleh Didapati:-

Detergen serbuk TOP boleh didapati dalam 4 varian iaitu Super Colour, Super Hygienic, Super White, dan Blooming Freshness sementara rangkaian Detergen Cecair Pekat TOP termasuk Fresh Tropicana, Blue Oceania, Color Care and Anti-bacteria. TOP juga menawarkan detergen serbuk dan cecair untuk mesin basuh muatan depan, TOP Lite untuk kain halus dan Pelembut TOP Dayfresh.

Detergen TOP dijual di semua pasaraya besar, pasaraya utama, pasar mini dan kedai runcit di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.

[1] Berdasarkan AC Nielsen Ogos 2014

[2] Berdasarkan ujian makmal bebas di Jepun

[3] Berdasarkan ujian dari makmal bebas di Jepun


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *