Avon Instinct menyingkap naluri sensual yang mendorongmu apabila tiada batasan yang menghalang dan hanya deria yang menguasai diri. Haruman menggoda dan eksotik ini menyerlahkan naluri primitifmu; seperti keinginan dan daya tarikan yang luar biasa pada pertemuan pertama dengan seseorang yang tidak dijangka.
Haruman Avon Instinct menampilkan Megan Fox, pelakon wanita dan juga ikon jelitawan Hollywood yang berkarisma. Wangian eksotik yang kaya dengan aroma buah-buahan, flora dan kayuan ini sememangnya serasi dengan imej sensual Megan Fox yang menjulang nama beliau di persada filem antarabangsa.
Haruman Instinct EDP mengandungi adunan dan lapisan bahan aromatik yang mengujakan:
Haruman |
|
Atas | Tumbuhan hijau: Kesegaran & kesuburan aroma ini membawamu ke sebuah taman rahsia di mana deriamu diulit lembut titisan embun dan cahaya matahari. |
Utama | ScentTrekTM Kamelia: Merupakan salah satu ramuan eksklusif Givaudan. Aroma memukau ini menyelubungimu dan terungkai bak lapisan kelopak bunga dengan haruman yang menggoda. |
Dasar | Kayuan cendana: Memberikan sensasi kayuan hangat yang memberikan haruman Instinct wangiannya yang istimewa dan berbeza. Cendana meninggalkan aroma yang lembut pada kulit dan menenangkan. |
Letakkan kepercayaan sepenuhnya pada gerak hatimu, bermula dengan mengenakan haruman Avon Instinct. Haruman ini bakal muncul di pasaran bermula 16 April 2014. Hubungi Wakil Avon atau lawati Butik Kecantikan Avon seluruh Negara. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol Avon di 1-800-22-AVON (2866), layari laman Facebook kami di facebook.com/AvonMy atau layari http://www.my.avon.com