(SEMASA) Antabax Perkenal Bedak Berubat bagi Melegakan, Melembapkan dan Menyahbau Kulit Walaupun dalam Cuaca Panas dan Lembap Dirumus dengan Sistem Derma Protect untuk perlindungan kulit yang lebih baik

Spread the love

Antabax logosmall

Antabax, rangkaian penjagaan diri antibakteria yang dipercayai dan inovatif kini meluaskan lagi rangkaian produknya dengan pengenalan Bedak Berubat Antabax baru yang menawarkan perlindungan 24 jam yang efektif membunuh 99.9% kuman, sama seperti produk lain dalam rangkaian Antabax.

Antabax-001

Cuaca panas dan lembap Malaysia boleh menyebabkan ketidakselesaan pada kulit. Bedak Berubat Antabax boleh membantu anda kekal segar dan kering serta mengurangkan ketidakselesaan ini.

Bedak Berubat Antabax mengandungi agen antibakteria yang membantu kulit melawan pertumbuhan kuman berbahaya. Teksturnya yang lembut dan halus membuatkan kulit terasa selembut sutera.

Bedak ini dilengkapi Sistem Derma Protect Antabax, formula canggih yang membasmi kuman merbahaya dan mengandungi Vita Mineral yang menyerap peluh berlebihan dan mengurangkan ruam panas. Diperkaya dengan vitamin kulit, ia memastikan kulit sentiasa lembut dan sihat.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Pemasaran, Produk Rumah dan Penjagaan Diri, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Encik Francis Ng, rangkaian penjagaan diri antibakteria Antabax semakin berkembang disebabkan wujudnya permintaan daripada konsumer untuk bedak berubat bagi melengkapkan rangkaian tersebut.

“Konsumer di Malaysia mempercayai produk antibakteria Antabax dan kami telah menerima banyak permintaan bagi bedak berubat. Kami membuat rumusan dengan teliti bagi memastikan produk ini bebas daripada paraben dan asid borik supaya selamat, dan Vita Mineral, untuk perlindungan antibakteria. Ini merupakan produk ideal untuk sesiapa yang merasakan kehangatan dan kelembapan Malaysia menjejaskan kulit mereka. Kini mereka boleh kekal segar dan sihat dengan Bedak Berubat Antabax,” kata Encik Ng.

Bedak Berubat Antabax telah diuji secara dermatologi dan sesuai untuk semua jenis kulit. Jika disapu pada kulit selepas mandi, ia membantu mengekalkan kesegaran dan memberi perlindungan sehingga 24 jam. Ia juga sesuai untuk kegunaan harian bagi melegakan kulit gatal dan disyorkan untuk mencegah ketidakselesaan kulit akibat penyakit “athlete’s foot” dan kaki berbau akibat peluh yang berlebihan.

Bedak Berubat Antabax boleh didapati di seluruh negara pada harga pengenalan istimewa RM4.50 untuk 100gm dengan tambahan 50gm percuma!

Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Antabax, sila “Like” Antabax di laman Facebook kami di www.facebook/NewAntabax.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *