(SEMASA) TURUTI NALURIMU DENGAN HARUMAN TERBARU AVON MEMPERKENALKAN MEGAN FOX, WAJAH HARUMAN INSTINCT

IMG_3097

Avon Instinct menyingkap naluri sensual yang mendorongmu apabila tiada batasan yang menghalang dan hanya deria yang menguasai diri. Haruman menggoda dan eksotik ini menyerlahkan naluri primitifmu; seperti keinginan dan daya tarikan yang luar  biasa pada pertemuan pertama dengan seseorang yang tidak dijangka.

AVONs mall

Haruman Avon Instinct menampilkan Megan Fox, pelakon wanita dan juga ikon jelitawan Hollywood yang berkarisma. Wangian eksotik yang kaya dengan aroma buah-buahan, flora dan kayuan ini sememangnya serasi dengan imej sensual Megan Fox yang menjulang nama beliau di persada filem antarabangsa.

ukk

Haruman Instinct EDP mengandungi adunan dan lapisan bahan aromatik yang mengujakan:

Haruman

Atas Tumbuhan hijau: Kesegaran & kesuburan aroma ini membawamu ke sebuah taman rahsia di mana deriamu diulit lembut titisan embun dan cahaya matahari.
Utama ScentTrekTM Kamelia: Merupakan salah satu ramuan eksklusif Givaudan. Aroma memukau ini menyelubungimu dan terungkai bak lapisan kelopak bunga dengan haruman yang menggoda.
Dasar Kayuan cendana: Memberikan sensasi kayuan hangat yang memberikan haruman Instinct wangiannya yang istimewa dan berbeza. Cendana meninggalkan aroma yang lembut pada kulit dan menenangkan.

Letakkan kepercayaan sepenuhnya pada gerak hatimu, bermula dengan mengenakan haruman Avon Instinct. Haruman ini bakal muncul di pasaran bermula 16 April 2014. Hubungi Wakil Avon atau lawati Butik Kecantikan Avon seluruh Negara. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol Avon di 1-800-22-AVON (2866), layari laman Facebook kami di facebook.com/AvonMy atau layari http://www.my.avon.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *