(SEMASA) U MOBILE KINI MEMBAWAKAN BINTANG K-POP G-DRAGON MENERUSI KEMPEN UNLIMITED GROOVES

KUALA LUMPUR, 27 Julai 2017 – U Mobile bakal menggembirakan hati peminat muzik di Malaysia dengan menambah bintang K-pop yang terkenal, G-Dragon ke dalam kalendar Unlimited Grooves mereka, yang akan berlangsung sehingga tahun 2018. U Mobile akan menjadi penaja rasmi syarikat komunikasi bagi konsert G-Dragon Act III: M.O.T.T.E yang akan berlangsung pada 17 September 2017 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Kempen Unlimited Grooves U Mobile diperkenalkan oleh syarikat tersebut bagi membawa muzik kegemaran lebih dekat dengan para pelanggan. Kempen ini bermula pada Mei 2017 dengan penajaan Urbanscapes, festival seni kreatif yang paling lama dianjurkan di Malaysia. Sepanjang tahun 2017, kalendar Unlimited Grooves dipenuhi dengan persembahan para artis daripada pelbagai genre. Selain G-Dragon and Ed Sheeran, Unlimited Grooves juga termasuk Good Vibes Festival (menampilkan antaranya Kodaline, Dua Lipa, Lany dan Najwa) dan siri konsert mini Upfront  (antaranya termasuk Tokimonsta dan Lucy Rose).

Jasmine Lee, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile berkata semasa pelancaran kedai induk syarikat di Berjaya Times Square bahawa U Mobile gembira menjadi penaja rasmi syarikat telekomunikasi bagi G-Dragon Act III: M.O.T.T.E di Kuala Lumpur. “U Mobile sentiasa mengutamakan muzik dalam penawaran kami kerana ramai pelanggan meminatinya. Kami secara agresif telah mencari pelbagai idea untuk memberi peluang kepada para pelanggan supaya dapat menikmati lebih banyak acara muzik. Kami bangga dapat menjadikan konsert G-Dragon di Malaysia sebagai sebahagian daripada kempen Unlimited Grooves U Mobile!”

Beliau menambah, “Seperti biasa, para pelanggan kami akan ditawarkan manfaat eksklusif semasa konsert G-Dragon nanti. Jika anda pelanggan U Mobile dan akan menghadiri Good Vibes Festival pada 12 dan 13 Ogos ini, anda boleh meninkmati keistimewaan ini di U Mobile Zone, sebuah kawasan yang direka khas untuk acara tersebut.”

Semasa perasmian kedai induk, Jasmine turut menyentuh tentang kemajuan rangkaian perhubungan syarikat menerusi pelancaran jalur spektrum 900MHz dan 1800MHz yang dianugerahkan oleh kerajaan pada tahun lalu. Beliau berkata, pelanggan sudah pun dapat menikmati mutu dan liputan rangkaian yang lebih baik untuk menjadikan pengalaman U Mobile mereka lebih bermakna.

Syarikat U Mobile turut berkongsi bahawa mereka akan menawarkan tiket-tiket percuma ke konsert G-Dragon Act III: M.O.T.T.E di Kuala Lumpur dan konsert Ed Sheeran ÷ (Divide) Malaysia Tour secara eksklusif untuk para pelanggan melalui dua peraduan di laman sosial Instagram (maklumat lanjut dilampirkan).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *