(SEMASA) Usaha Murni Kelab Alumni Ismailian 90-94

Spread the love

Cekeli 02

Kelab Alumni Ismailian 90-94 atau KAIS 90-94 baru sahaja berusia setahun jagung penubuhannya. Namun begitu, usia tidak menghalang kelab yang dianggotai bekas pelajar Maktab Sultan Ismail (SIC), Kota Bharu sesi 1990-94 untuk menabur bakti kepada masyarakat amnya dan warga Kelantan khasnya.

Faris Zaini 01

Bencana banjir yang melanda Pantai Timur terutamanya negeri Kelantan sekali lagi menggerakkan  kelab ini bersama ahlinya membantu mereka yang tidak bernasib baik. Walau dengan skala kecil, Timbalan Presiden KAIS 90-94; Saudara Arjuna Effendy Hj Rawi tetap berupaya menghimpunkan sumbangan sumbangan untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Cekeli 03

Memilih Kg Limau Kasturi dalam daerah Gua Musang sebagai salah satu dari tempat untuk menjalankan tanggungjawab sosial kelab, mereka bergerak dari Bandar Kota Bharu menempuh perjalanan yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan 4 roda demi membantu golongan yang dikategorikan di kawasan pedalaman.

Melihat kepada apa yang berlaku disana, membuatkan pihak KAIS lebh bersemangat memberi bantuan selagi daya kepada kepada mereka yang memerlukan bantuan. Dengan rumah yang hanya tinggal tangga. Tempat berteduh yang hilang entah kemana. Sedikit sebanyak hati tersentuh.

Sebelum itu, pihak KAIS juga membantu meringankan bebanan ahli kelab sendiri iaitu sauadara Ahmad Faris Zaini yang tinggal di Jeli dan rumahnya telah dinaiki air dan sedikit sebanyak membantutkan persediaan untuk anaknya membuat persediaan sekolah di tahun baru. Justeru itu, pihak Kelab sendiri telah membuat kutipan bagi membeli pakaian seragam anak beliau.

Cekeli 01

Pada November 2014 juga, pihak KAIS turut memberi sumbangan berupa pakaian seragam dan kelengkapan sekolah kepada 6 beradik yatim piatu yang baru kematian ibu di Kg Chekeli. Enam beradik yang tinggal bersama datuk dan nenek mereka sangat-sangat memerlukan bantaun kerana masih belum membuat sebarang persediaan untuk mula bersekolah di tahun baru. Sebelum ini, kehidupan mereka ditanggung oleh ibu setelah kematian bapa mereka 3 tahun lepas. Program amal tersebut merupakan yang pertama melibatkan orang luar selain ahli kelab. Untuk projek yang dipimpin oleh saudara Zulkhairi Mohd Zaid, pemilihan adik beradik ini dilihat sebagai sangat bertepatan dengan tujuan penubuhan KAIS 90-94 sebagai kelab yang membantu bukan sahaja dikalangan ahli, malahan membantu masyarakat sekitar.

Banjir 01

Kelab yang hanya dianggotai oleh 80 ahli berdaftar ini dilihat sebagai satu wadah perjuangan bukan sahaja untuk ahlinya malahan kepada masyarakat sekitar. Walaupun bergerak dalam skala kecil dan masih baru, namun gerakannya boleh dibanggakan hasil kerjasama semua ahli mereka.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *