(HIBURAN) HAFIZ & FRIENDS SHOWCASE – Persembahan pembukaan tahun 2015 paling dinantikan!

Spread the love

Hafiz & Friends

Setelah kejayaan dan sambutan memberangsangkan yang diterima di Hard Rock Café, Melaka pada tahun lalu, Hafiz & Friends Showcase kini kembali!

Persembahan yang akan diadakan di Hard Rock Café, Kuala Lumpur ini bakal berlangsung pada 25 Januari 2015 bermula jam 9.00 malam dan terbuka kepada semua peringkat umur.

Gabungan utama tiga rakan seperjuangan, Hafiz Suip, Akim & The Majistret dan Hazama ini akan menjanjikan persembahan pembukaan tahun 2015 yang paling dinantikan.

Sebagai bonus, persembahan mereka turut diserikan dengan penampilan istimewa rakan-rakan lain seperti Faizul Sany, Aril dan Juara Akademi Fantasia 2014, Firman.

Lagu-lagu hits mereka yangs sering mengungguli carta radio seperti Matahari, Mewangi, Malaikat, Perempuan dan Bangkit pastinya akan disampaikan diiringin live band pada malam itu.

Hafiz berkata “Saya mewakili rakan-rakan yang lain berasa begitu teruja dan amat berbesar hati kerana berpeluang sekali lagi untuk mengadakan persembahan secara LIVE di Hard Rock Café ini”.

 

“Sudah menjadi impian kami untuk membuat persembahan diiringi LIVE BAND di café bertaraf antarabangsa seperti ini. Selain itu, ini juga merupakan hadiah tahun baru kami buat para peminat.

Sementara itu, Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin pula berkata, “Kami berharap tahun 2015 ini akan menjadi tahun yang gemilang buat kesemua artis di bawah naungan kami.”

Pihak Astro akan terus menyokong pembangunan bakat-bakat seni mereka kerana kami percaya, bakat-bakat yang kita miliki ini mempunyai potensi yang amat besar”.

SINAR fm turut hadir selaku penyiar rasmi untuk Hafiz & Friends Showcase di Hard Rock Café Kuala Lumpur.

Tiket pra jualan berharga RM70 dan RM80 (At The Door). Untuk pembelian tiket, sila hubungi talian hotline 03-2715 5555.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *