(SUKAN) AL-IKHSAN SPORTS TAWARKAN DISKAUN SEHINGGA 80% UNTUK LEBIH DARIPADA 10,000 PRODUK SUKAN DI JUALAN AL-IKHSAN SPORTS MALAYSIA BIGGEST SALES CARNIVAL

Spread the love

KUALA LUMPUR, 22 DISEMBER 2023 – Al-Ikhsan Sports mengadakan Jualan Al-Ikhsan Sports Malaysia Biggest Sales Carnival di Tun Razak Hall 3 & 4, World Trade Centre ( WTC) Kuala Lumpur bermula dari 22 Disember 2023 sehingga 1 Januari 2024 sempena menyambut kedatangan tahun baru 2024. Jualan ini berlangsung bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam dan diskaun hebat sehingga 80%.

Selain daripada beberapa tawaran hebat yang sedia ada, 100 pencinta sukan terawal telah menerima baucer bernilai RM50 dari Al-Ikhsan Sports pada hari pelancaran jualan tersebut. Jualan Harga Borong pada tahun ini membawakan banyak pilihan produk kasut dan pakaian daripada pelbagai jenama yang terkenal.

“Al-Ikhsan Sports mengalu-alukan kedatangan pelanggan ke WTC KL untuk pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dengan diskaun sehingga 80% untuk lebih 10,000 barangan daripada pelbagai jenama terkenal. Sebagai peruncit sukan nombor 1 di Malaysia, Al-Ikhsan Sports sentiasa memastikan pelanggan mereka menikmati harga yang terbaik.

Al-Ikhsan Sports bakal membuka lagi cawangan baru di beberapa lokasi terpilih untuk memberi kesenangan kepada semua dalam mendapatkan produk barangan sukan dengan lebih mudah. Al-Ikhsan Sports menjadikan sukan mampu milik dan kini mempunyai 170 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Barangan Al-Ikhsan Sports juga boleh didapati melalui laman e-dagang rasmi di www.al-ikhsan.com.

Ikuti Al-Ikhsan Sports di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan LinkedIn untuk maklumat lanjut.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *