(SUKAN) ASEAN UNITY RUN & RIDE 2016 INGIN MENDORONG MALAYSIA SEBAGAI MASYARAKAT YANG AMAN DAN PENYAYANG

Spread the love

AURR_3Kuala Lumpur, 2 Aug – Aman Malaysia kembali lagi pada tahun ini dengan Asean Unity Run & Ride 2016 , dengan acara larian dan basikal dengan objektif utama bagi perpaduan dari semua negara Asean untuk memupuk semangat cintakan keamanan.

AURR_1Baru-baru ini bertempat di Pusat Komuniti Bukit Damansara, majlis pra-pelancaran ASEAN Unity Run & Ride 2016 telah dilangsungkan serentak dengan majlis rumah terbuka Aidil Fitri anjuran AMAN Malaysia yang dirasmikan sendiri oleh Menteri Belia & Sukan, YB Encik Khairy Jamaluddin.

“Acara sukan sebegini sememangnya memiliki faktor penyatuan & perpaduan yang tinggi kerana ia melangkau semua batasan yang ada. Saya berharap ASEAN Unity Run & Ride 2016 ini berjaya dan seterusnya dapat memenuhi semua objektif yang telah ditetapkan oleh AMAN Malaysia, “ kata YB Khairy Jamaluddin.

Ini merupakan siri kedua selepas penganjuran ASEAN Unity Run yang penuh jaya pada tahun lalu yang juga dilangsungkan di dalam kalender bulan ASEAN dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 8 Ogos 2015. Acara larian 5K itu turut menyaksikan penyertaan lebih daripada 10,000 peserta dari 20 negara. Turut sama dalam larian itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan dalam Negeri & Industri dan juga duta-duta besar ASEAN.

“ASEAN Unity Run 2015 tahun lalu merupakan acara yang sangat berjaya, ia berjaya memupuk perpaduan dan mengeratkan hubungan akrab dikalangan komuniti di rantau ASEAN. Objektif utama kami pada tahun ini ialah untuk meningkatkan imej Malaysia selaku negara yang cintakan keamanan dan menggunakan platform ini untuk menyeru seluruh rakyat Malaysia dan luar untuk sama-sama bersatu padu. Di samping itu, peluang bekerjasama dengan UNICEF tahun ini membolehkan kita untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan vaksin kepada bayi dan kanak-kanak, kerana saya percaya untuk menyelamatkan nyawa seseorang ia perlulah bermula dari sesuatu,” kata Dato’  Mohamed Hazali bin Abu Hassan, Presiden AMAN Malaysia.

Selain daripada acara larian tradisional 5K dan 10K, tahun ini merupakan tahun sulung yang bakal menampilkan kemunculan satu kategori kompetitif dan empat kategori bukan-kompetitif. Acara kompetitif adalah larian 10K acara terbuka lelaki dan wanita (16 tahun dan ke atas) dan acara veteran terbuka (40 tahun dan ke atas).

AURR_4Bagi acara bukan-kompetitif, acara larian yang sama seperti tahun lalu masih dikekalkan seperti kategori acara terbuka lelaki dan wanita (16 tahun dan ke atas), acara veteran terbuka (40 tahun dan ke atas), dan ‘stroller run’ yang juga merupakan acara kegemaran ramai lebih-lebih lagi dikalangan ibu bapa dan anak-anak.

Seiring dengan peningkatan populariti sukan basikal, aktiviti basikal 35K kini turut tersenarai dalam acara ini. Ini beikutan permintaan ramai yang tinggi dari golongan muda dan professional. Kempen ‘Lend Your Body pula bakal menyaksikan para selebriti & sukarelawan berbasikal bersama-sama dengan kanak-kanak orang asli untuk berkongsi keseronokan berbasikal.

Bersama dengan UNICEF, kempen tahun ini bakal memfokuskan kepada usaha untuk meningkatkan kesedaran awam, khususnya para ibu dan bapa akan kepentingan vaksin kepada bayi & kanak-kanak.

UNICEF merupakan pertubuhan bukan kerajaan berskala global yang terbesar dalam siri kempen kesedaran dan pemberian immunisasi kepada kanak-kanak seluruh dunia terutamanya di negara dunia ke-tiga .

AURR_6Sebagai ibubapa, kita memikul tanggungjawab penuh untuk memastikan anak-anak kita menjalani proses vaksinasi untuk mencegah mereka daripada terdedah kepada penyakit berjangkit seperti Polio , Campak , Tetanus , Difteria , Tibi , Pneumonia , Hepatitis-B dan penyakit-penyakit lain yang boleh dielak. Kita sebenarnya berhutang dengan anak-anak kita satu kehidupan yang sihat dan bebas penyakit untuk mereka,” tambah Dato’ Mohamed Hazali.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) menganggarkan hampir 3 juta kanak-kanak di seluruh dunia boleh di selamatkan dengan immunisasi setiap tahun.

Satu gerakan sukarelawan turut sama dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin untuk mencari sesiapa yang berminat untuk menyertai program #AmanVolunteer. Seramai 300 orang sukarelawan diperlukan untuk acara itu nanti.

Bersama kita bersatu demi masa depan anak-anak kita.

 

Layari laman sesawang Aman Malaysia di www.amanmalaysia.org untuk pendaftaran dan maklumat lanjung.

ASEAN UNITY RUN & RIDE

ASEAN Unity Run & Ride 2016 adalah upacara pembukaan yang akan berlangsung pada 6 November 2016dan diadakan di Putrajaya. “ASEAN Unity Run & Ride” pada tahun ini adalah bertujuan ntuk mempromosikan masyarakat yang cintakan keamanan terhadap keganasan yang berlaku sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Terdapat 3 kategori perlumbaan yang akan ditawarkan iaitu, 10km Race, 5km Fun Run, dan 35km Ride. 35km Ride adalah merupakan kategori baru yang diwujubkan pada tahun ini atas permintaan yang tinggi daripada kalangan belia dan golongan muda professional. Kategori perlumbaan yang melibatkan perlumbaan larian 10km dan 5km Stroller Run turut diadakan pada tahun ini.

Atas usaha dan kerjasama bersama UNICEF, UNICEF juga membuka gerai di kawasan perlumbaan bertujuan menjalankan kempen tentang kepentingan vaksin terutama dalam kalangan kanak-kanak dan bayi.

Race Categories

Code Category Entry Fees (RM) Age Eligibility Distance (KM)
A Men’s Open 60 16 years old & above 10
B Women’s Open 60 16 years old & above 10
C Men’s Veteran 60 40 years old & above 10
D Women’s Veteran 60 40 years old & above 10
E Fun Run 45 7 years old & above 5
F Stroller Run 45 18 years old & above 5
G Bike Fun Ride 60 7 years old & above 35

AMAN MALAYSIA

Berlandaskan pada prinsip yang dibawa, “AMAN Malaysia” merupakan suatu pergerakan yang mempromosikan inisiatif dan kempen mengenai perpaduan dan keharmonian untuk semua masyarakat, warga Malaysia dan rantau Asia, Moto AMAN Malaysia ialah ‘Peace, Progress and Unity’.

Matlamat presiden AMAN Malaysia iaitu Dato Mohamed Hazali Bin Abu Hassan adalah menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum, agama dan lantar untuk bersama hidup dalam visi Malaysia iaitu meneruskan perkembangan negara sebagai satu negara. AMAN Malaysia juga percaya bahawa kemajuan dan perkembangan negara bukan sahaja diukur berlnadaskan pada perkembangan fizikal shaja, malahan peningkatan dari segi kerharmonian dan pemikiran rohani sebagai masyarakat Malaysia yang bersatu merupakan kayu ukur yang padu dalam mencapai kemajuan negara.

Berpandukan pada 4 gerak kerja yang diwujudkan oleh AMAN Malaysia iaitu ‘Friends of AMAN’, ‘AMAN unity Series’, ‘AMAN Awareness’ dan ‘AMAN Cares’, AMAN akan menjalankan lebih banyak kesedaran dengan mengadakan ASEAN Village dan ASEAN Unity Run 2015. AMAN Malaysia meneruakan inisiatif terhap masyarakat yang sihat dengan pengenalan ASEAN Unity Run & Ride 2016.

Untuk maklumat lanjut layari http://www.amanmalaysia.org/.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *