(SEMASA) Hari Terbuka NBOS 2016

Spread the love

v3 nbos

Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dilaksanakan sejak tahun 2009 telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri. NBOS menekankan kepada pelaksanaan program transformasi sosial di mana sehingga kini sebanyak 93 inisiatif telah berjaya dilaksanakan. Antara inisiatif yang paling berjaya adalah Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Program Rehabilitasi Komuniti (CRP), rondaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC), 1Malaysia For Youth(1M4U), 1Malaysia Entrepreneurs (1MET) dan sebagainya. Tujuan penganjuran Hari Terbuka NBOS ini dari 14-18 Ogos 2016 adalah untuk berkongsi pengalaman Malaysia melaksanakan program transformasi sosial berdasarkan prinsip NBOS seperti impak tinggi, kos rendah, pelaksanaan yang pantas dan mampan.

Hari Terbuka NBOS 2016 juga memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat lebih meluas serta berkongsi informasi mengenai pelbagai inisiatif di bawah NBOS yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Dijangka lebih 7000 orang akan menghadiri Hari Terbuka NBOS ini dan program ini akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. YAB PM turut dijangka akan melancarkan Buku Laporan (Report Card) NBOS 2016. Hari Terbuka NBOS yang bersempena dengan NBOSInternational Week ini juga akan dilaksanakan bersekali dengan program-program lain yang berkaitan seperti berikut:

1. Larian dan Kayuhan NBOS (NBOS Run and Ride) pada 14 Ogos 2016;
2. International Conference On Blue Ocean Strategy (ICBOS) : Transforming Nations Through Creativity And Innovation 16 – 18 Ogos 2016
3. Global Blue Ocean Award 2016

Hari terbuka NBOS ini juga menyediakan pelbagai pameran dan aktiviti daripada setiap kementerian dan agensi yang terbabit dengan inisiatif NBOS antaranya NSU, CODING, VIP, UTC, BR1M, MINDEF, MOHA, KPDNKK, MDEC, MOHR, MAGIC, KPKT, 1M4U, KPWKM, BIOTECH, KPM, JPA, PP1M, PR1MA, KPT, MOTAC, MOH serta MOA.

Selain itu, terdapat acara lain seperti Pocket Talks, Pertandingan National Code Challenge2016 (NCC) yang melibatkan pelajar Sekolah Rendah Dan Menengah serta program keusahawanan 1Malaysia Entrepreneurs (1MET) terdapat juga aktiviti seperti CODING bootcamp adalah untuk kanak-kanak sekolah rendah dan menengah, Kem Keusahawanan 1MEt (terbuka kepada orang awam), NBOS Run & Ride (larian etc), Pameran inisiatif-inisiatif NBOS, Booth Perbadanan PR1MA – maklumat berkaitan rumah PR1MA, F1 Simulatir by Petronas, Booth Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia, Aktiviti menarik oleh 1M4U, Aktiviti menarik oleh FIT Malaysia dan banyak lagi.

Bagi memeriahkan lagi program ini, aktiviti seni dan muzik juga disediakan kepada pengunjung Hari Terbuka NBOS itu nanti mulai 14-18 Ogos 2016.

maklumat lanjut :

https://www.blueoceanstrategy.com/malaysia-nbos/

http://www.nbos.gov.my/

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *