(SEMASA) TMT memaparkan kisah di sebalik peta hala tuju digital syarikat pada Super Brand Day 

Spread the love

KUALA LUMPUR, 14 FEBRUARI 2019 – Semakin banyak jenama kini berusaha untuk menceburi e-dagang untuk menjana pertumbuhan dan menarik pelanggan baharu. Satu daripada jenama tersebut berkongsi kisah berliku mereka untuk sampai ke tahap ini. 

Thunder Match Technology Sdn Bhd (TMT) telah melancarkan kedai rasminya di Shopee pada 2018 sebagai sebahagian daripada pelan transformasi digital dan strategi jangka panjang untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai Peruncit Rantaian IT dan Mudah Alih terbesar di Malaysia di dalam dan luar talian. Pada bulan September, mereka melancarkan kempen dalam talian terbesar dan paling agresif sempena Shopee 9.9 Super Shopping Day (Hari Beli-Belah Hebat Shopee 9.9), yang sekali gus menggandakan angka jualan e-dagangnya sebanyak 10 kali ganda, dengan menjana hasil lebih RM1 juta dalam masa seminggu. Sesungguhnya, lonjakan jualan ini telah menyedarkan mereka bahawa jualan dalam talian bukan setakat menyenaraikan produk, memberikan diskaun dan berdagang.

Usaha merombak syarikat berusia 22 tahun ini menjadi sebuah syarikat digital sambil mencipta dan mengekalkan nilai pasaran di dalam dan luar talian bukannya sesuatu yang mudah, seperti yang dikongsi oleh Pengasas & Pengarah Urusan TMT, Adrian Yu. Beliau berkata, “Daripada menjadi Peruncit Rangkaian IT dan Mudah Alih perintis di Malaysia yang perniagaannya dibina berasaskan operasi fizikal kepada Peruncit Berjenama kedai dalam kedai (SIS) pertama di Shopee Mall, saya perlu tekankan bahawa perjalanan kami bukannya mudah. Cabaran yang dihadapi memang besar. Kami pada mulanya hampa melihat kepesatan perkembangan dunia perniagaan dalam talian, namun kami tidak tahu bagaimana untuk melibatkan diri. Halangan pertama yang perlu diatasi ialah mengkaji semula warisan kita sepanjang dua dekad dan sedar bahawa ketetapan minda kita perlu diubah sebelum kami boleh merombak operasi perniagaan dengan cekap demi memberikan nilai dan perkhidmatan lebih baik kepada para pelanggan kami.”

Menangkis tanggapan umum
Satu daripada tanda tanya paling besar ialah bagaimana peruncit boleh mengekalkan kelebihan daya saing dengan ledakan e-dagang. Pelanggan lazimnya akan mengunjungi kedai fizikal, membandingkan harga dan seterusnya membeli dalam talian. Malah ada juga pelanggan yang menuntut harga dalam talian di kedai, sehingga ada yang menunjukkan harga produk yang disenaraikan di Shopee. Isu ini menimbulkan tanggapan yang salah bahawa kedai dalam talian dan fizikal bersaing antara satu sama lain.

Menganggap cabaran ini sebagai satu peluang, TMT melaksanakan pendekatan berbilang saluran bagi penjenamaan, pemasaran dan penetapan harga. Berbangga kerana sentiasa mengutamakan pengalaman dan kepuasan pelanggan, TMT telah berjaya mencipta ekosistem lancar yang menggabungkan gedung fizikal dan gedung dalam talian. “Kami sedang meneroka model Dalam Talian ke Luar Talian (O2O) yang turut disepadukan dalam inisiatif pemasaran kami. Sebagai contoh, kami kini sedang meneroka model klik dan kumpul di mana pelanggan boleh memesan barangan dalam talian dan mengumpul belian mereka daripada kedai runcit kami. Perkhidmatan tersebut dapat mewujudkan pengalaman pelanggan yang lebih baik dengan meliputi pelbagai titik sentuhan,” tambah Adrian.

Membuat persediaan menerusi rombakan operasi
Peningkatan populariti e-dagang memerlukan penambahbaikan operasi dalam cara peruncit tradisional menjalankan semua aspek perniagaan masing-masing. Satu contoh yang baik ialah TMT yang mempunyai sembilan pusat penunaian pesanan di seluruh negara tidak mempunyai sumber dan ruang yang diperlukan untuk memenuhi keperluan jualan dalam talian. Kelemahan ini ketara semasa Shopee 9.9 Super Shopping Day. Pusat mereka ternyata menghadapi kesukaran dan walaupun sebahagian besar pesanan telah dihantar kepada pelanggan, TMT terpaksa membuat penghantaran lewat dan dalam kes tertentu, menerima pembatalan pesanan.

Mereka tidak berputus asa dan sebaliknya telah mengkaji semula semua sistem dan proses yang sedia ada dari segi keupayaan penggudangan dan pelaksanaan sebelum menaik taraf sistem dan proses penggudangan dengan teknologi terkini.

Meyakini pakar
TMT kemudiannya mengurangkan sembilan pusat penunaian kepada tiga dan melengkapkannya dengan sumber terkhusus, termasuk pasukan 10 orang dengan kepakaran e-dagang teknikal yang mendalam. Mereka melakukan semua ini dengan bantuan firma perunding berbilang disiplin Malaysia, CAP yang menyediakan penyelesaian transformasi perniagaan kepada peruncit seperti TMT yang ingin berkembang maju dalam dunia digital hari ini.

Adrian berkata bahawa “Shopee 9.9 Super Shopping Day tahun lepas memberikan pengajaran penting kepada kami. Keputusan sebenar jauh mengatasi perancangan dan jangkaan kami. Dari segi jualan, kempen mencatatkan kejayaan besar tetapi sesungguhnya kami sedar bahawa bukan sekadar ketetapan minda yang perlu diubah untuk menang dalam dunia e-dagang. Mengimbas kembali pengalaman tersebut, kami berbangga dengan keputusan kami menceburi dunia digital, yang bukan sahaja membawa manfaat kepada kami dari segi keuntungan, tetapi juga mengoptimumkan perniagaan kami.”

Sebagai mengiktiraf kejayaannya, TMT akan menggegar Shopee pada 20 Februari sempena Super Brand Day. Sebagai sebahagian daripada Super Brand Day TMT, Shopee akan memperkenalkan cabutan bertuah buat julung kalinya. Cabutan yang diadakan dari 17 hingga 20 Februari ini menawarkan tiket cabutan yang dijual pada harga hanya RM1 setiap tiket, dan pembeli berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM30,000 seperti Playstation 4 PRO, iPhone XS Max, peranti permainan oleh HyperX dan Razer dan banyak lagi. Tiket cabutan juga merupakan baucar beli-belah Shopee bernilai RM18 untuk digunakan di kedai rasmi TMT.

TMT juga akan memberi jaminan harga paling rendah bagi lebih 1,000 komputer riba, telefon mudah alih dan produk elektronik lain selain daripada baucar berjumlah RM300,000 yang akan diagihkan. Tambahan lagi, mereka yang biasa dengan Shocking Sale (Jualan Kilat Shopee) pasti teruja untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Shopee Super Shocking Sale (Jualan Kilat Hebat Shopee) yang melibatkan penurunan harga tambahan selain daripada harga Shocking Sale. Kuantiti barangan yang ditawarkan adalah terhad.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *