(SUKAN) Lewis Hamilton Membantu Mclaren Memenangi Grand Prix Itali

Spread the love

MONZA – Pelumba Great Britain, Lewis Hamilton menghidupkan peluangnya meraih kejuaraan dunia musim ini apabila memastikan pasukannya Mclaren menjuarai Grand Prix Itali, semalam.

Hamilton, 27, yang memulakan perlumbaan di petak depan mendahului saingan sejak awal untuk mengesahkan kemenangan ketiganya dalam musim ini dan 20 dalam kariernya.

Ini adalah kemenangan pertamanya di Itali, sekali gus mengembalikannya ke pentas saingan kejuaraan dunia walaupun rakan sepasukan, Jenson Button terpaksa menarik diri ketika perlumbaan berbaki 20 pusingan.

Ketiadaan Button membolehkan pelumba Sauber, Sergio Perez di tempat kedua, ketinggalan 4.3 saat di belakang Hamilton manakala Fernando Alonson daripada pasukan Ferrari di tempat ketiga dan Felipe Massa keempat.

Kejayaan Perez untuk podium ketiganya musim ini memberi isyarat kepada para pemerhati bahawa dia mungkin menggantikan Massa tahun depan.

Sementara itu, pemandu Finland, Kimi Raikkonen yang mewakili Lotus menghabiskan perlumbaan di tempat kelima di depan bekas juara tujuh kali, Michael Schumacher yang memandu Mercedes. – AFP

sumber artikel : utusan

sumber gambar : guardian co. UK


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *