(SUKAN) MALAYSIAN INVASION MIXED MARTIAL ARTS FIGHTING CHAMPIONSHIPS (MIMMA FC)

Spread the love

IMG_5121

KUALA LUMPUR 6 Feb 2013 – Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo (lima dari kiri) dan Pengurus Kanan Komersial One FC, Maja Grimnitz (enam dari kiri) bergambar bersama barisan peserta tempur semasa sidang media program realiti Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Campuran Malaysia.

KUALA LUMPUR, 6 Februari 2013 –  Perkembangan dan populariti Mixed Martial Arts (MMA) sebagai salah satu sukan arus perdana perdana di seluruh Asia dan di peringkat global telah menarik minat Tune Talk dimana hari ini pihak Tune Talk telah melancarkan satu program realiti MALAYSIAN INVASION MIXED MARTIAL ARTS FIGHTING CHAMPIONSHIPS (MIMMA FC).  Kejohanan MALAYSIAN INVASION MIXED MARTIAL ARTS FIGHTING CHAMPIONSHIPS (MIMMA FC) dianjurkan bertujuan untuk membangunkan dan mempromosikan sukan ini kalangan kelompok belia-belia di Malaysia.

IMG_5114

Kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM150, 000,00 dijangka menarik minat lebih 500 peserta amatur pada sessi  “Try Out”  yang bakal diadakan selama  dua hari iaitu 23-24 Februari 2013 di Kuala Lumpur . Kejohanan ini  terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas yang sihat tubuh badan dan lulus dari segi kesihatan yang telah digariskan oleh penganjur. Para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kategori  berat badan iaitu  Flyweight (sehingga  56.7 kg), Bantamweight (sehingga 61.2 kg), Featherweight (65.8 kg), Lightweight (70.3 kg), Welterweight (sehingga  77.1 kg), Middleweight (sehingga  83.9 kg) and Light Heavyweight (sehingga 93 kg) .

IMG_5124

Peserta akan dinilai dari segi  keupayaan “striking, grappling and sparring capabilities” – tiga kemahiran utama yang diperlukan untuk sukan yang menggabungkan pelbagai disiplin seni mempertahankan diri seperti karate,taekwondo, silat, muay Thai, tinju, gusti, judo dan Brazil jiu-jitsu, ke dalam satu pertempuran.

IMG_5069cropsmall

Para peserta akan bertarung menentang di antara satu sama lain di dalam sebuah kepungan logam yang direka khas berukuran 900 kaki persegi dan diadili oleh pengadil dan hakim yang professional. Dari pusingan “Try Out” ini , seramai 112 peserta akan meneruskan kemaraan mereka ke pusingan “Match Ladder” pada 23-24 Mac 2012. Ini akan diikuti oleh peringkat “Suku Akhir” pada 20-21 April 2013 dan peringkat “Separuh AKhir” pada 18 MEI 2013. Juara FC MIMMA bagi setiap kategori berat akan dinobatkan di pusingan “ Grand Final (Akhir) ” yang dijadualkan pada 15 Jun 2013. Semua pusingan akan diadakan di Kuala Lumpur.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *