(SUKAN) MMER dan ‘Gulf 12 Hours’ jalin hubungan komersial

Spread the love

PERLUMBAAN tahan lasak paling besar di Asia, Malaysia Merdeka Endurance (MMER), mencipta sejarah penting apabila mewujudkan hubungan komersil dengan perlumbaan ‘Gulf 12 Hours’ di Litar Yas Marina, Abu Dhabi. Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC), Datuk Ahmad Razlan Razali berkata, jalinan kerjasama itu akan memastikan daya maju komersial bagi pasukan dan penganjur perlumbaan tahan lasak.

“Berdasarkan keupayaan kedua-dua perlumbaan itu, kami menjangka peningkatan sekurang-kurang 20 peratus penyertaan pada perlumbaan itu,” katanya. Menerusi jalinan kerjasama itu, SIC akan berkongsi kepakarannya selama 11 tahun menganjurkan MMER dengan penganjur ‘Gulf 12 Hours’. Perlumbaan sulung ‘Gulf 12 Hours’ pada tahun ini akan bertindak sebagai jambatan sukan permotoran antara Eropah dan Asia dengan tujuan menarik lebih ramai pasukan dan pemandu di kedua-dua rantau itu. Hubungan komersil yang dimeterai itu akan melihat perlumbaan saling sokongan dengan berkongsi hubungan komersial dan peluang serta bekerjasama dalam membangunkan peraturan yang membolehkan pasukan menyertai kedua-dua perlumbaan itu dengan mudah. Perlumbaan MMER edisi ke-12 akan diadakan Litar SIC dari 15 hingga 17 September ini sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September. Perlumbaan tahunan itu mendapat perhatian pasukan dan pelumba antarabangsa dari siri perlumbaan tahan lasak dunia termasuk perlumbaan 24 Jam LeMans, Nurburgring dan Dubai.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *