(SUKAN) Petronas Syntium cipta sejarah kemenangan kali ke-3 MMER

Spread the love

KUALA LUMPUR- Pasukan Petronas Syntium mencipta sejarah tersendiri apabila meraih kemenangan kali ketiga pada edisi ke-13 perlumbaan Malaysia Merdeka Endurance Race (MMER) 2012 selama 12 jam di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Kemenangan itu dijulang Nobuteru Taniguchi, Masataka Yanagida dan Dominic Ang menerusi jentera Mercedes SLS mereka dengan melakukan 319 pusingan. Petronas Syntium adalah pemenang MMER pada 2009 dan 2011. Pelumbaan itu menjadi cukup sensasi kepada pasukan berpangkalan di Malaysia itu apabila kereta keduanya yang dibarisi Fariqe Hairuman, Melvin Moh dan Tetsuya Kataoka muncul pemenang tempat kedua dengan 317 pusingan, mengulangi kejayaan melakukan penyudah satu-dua sepertimana pada 2009. Mereka bertanding dalam kelas GT. Pasukan LKM Racing dari Hong Kong yang membariskan pemandu Kejohanan World Touring Car Darryl O’Young, Keita Sawa dan Siu Yuk Lung di tempat ketiga dengan 310 pusingan, selepas berjaya mengharungi masalah apabila mengalami tayar pancit pada Turn 1 pada jam ketujuh perlumbaan. Perlumbaan itu dilepaskan pada 12.04 tengah hari semalam membabitkan 30 buah kereta -– enam dalam kelas GT, lima dalam kelas Sports Production dan 19 dalam kelas Touring Production. Sepertimana Pasukan Petronas Syntium, pasukan Nexus Racing yang dibarisi Fahrizal Hassan, Adrian D’Silva dan Daniel Bilksi mengekalkan gelaran dalam kelas Sports Production, menamatkan perlumbaan dengan menduduki tempat keenam keseluruhan dengan 283 pusingan.  Bagi kelas Touring Production pula menyaksikan trio Malaysia, Wong Yew Chong, Soh Kee Koon dan Lai Weng Sing berjaya membalas dendam dengan melakukan 270 pusingan untuk mengatasi pemenang tahun lepas ST Powered Racing Team dari Singapura untuk meraih gelaran kedua dalam tempoh tiga tahun. MMER dilepaskan oleh penunggang Malaysian Moto3, Muhammad Zulfahmi Khairuddin dengan diiringi Pengerusi SIC Datuk Mokhzani Tun Mahathir.

PEMENANG PERLUMBAAN MMER 2012

JUARA KESELURUHAN
Nobuteru Taniguchi/ Masataka Yanagida/ Dominic Ang (Pasukan Petronas Syntium) 157 pusingan

KELAS GT
1. Nobuteru Taniguchi/ Masataka Yanagida/ Dominic Ang (Mercedes SLS) 319 pusingan
2. Fariqe Hairuman/ Melvin Moh/ Tatsuya Kataoka (Mercedes SLS) 317 pusingan

3. Darryl o’ Young/Keita Sawa/Siu Yuk Lung (Porsche 911 GT3) 310 pusingan

KELAS SPORTS PRODUCTION
1.Mohd Fahrizal Hassan/ Adrian D’Silva/ Daniel Bilski (Aston Martin) 283 pusingan
2. Zen Low/ Patrick Ng Bee Soon/ Marcus Chye (Lotus Evora) 268 pusingan
3. Mohamed Nazir/ Mohamed Ridzuan/ Khairul Anwar (Nissan Fairlady) 264 pusingan

KELAS TOURING PRODUCTION
1.Wong Yew Choong/ Soh Kee Koon/ Lai Wee Sing (Honda Civic FD2 Mugen) 270 pusingan
2. James Hunter/Gavin Bullas/Grant Johnson (Subaru)   267 pusingan
3. Akira Aida/Takeshi Tsuchiya/Morio Nitta (Toyota 86)  264 pusingan

sumber artikel : Sinar Harian & Bernama

sumber gambar : SIC & NST


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *