(SUKAN) Proton catat podium Rali Perancis

Spread the love

Pasukan Proton R3 Motorsports mencatat penamat podium buat kali kelima berturut-turut dalam Kejuaraan Rali Dunia Super 2000 FIA pada Rallye de France.

Kejuaraan rali yang bermula sejak Jumaat lalu merangkumi 22 peringkat khas dengan jarak keseluruhan 404.14 kilometer.

Pemandu dari Sweden, PG Andersson dan rakan sepasukannya dari Austria, Andreas Aigner masing-masing merangkul tempat ketiga dan keempat dengan menggunakan jentera Proton Satria Neo S2000. Dengan keputusan itu, Andersson kini sudah memastikan tempat pada pusingan akhir SWRC yang akan diadakan pada Rali Catalunya pada 8 hingga 11 November ini.

Rali tersebut merupakan penampilan kedua Aigner, iaitu bekas juara Rali Dunia Kereta Pengeluar, menggunakan jentera Satria Neo S2000.

Andersson mengalami masalah kelewatan untuk bermula pada laluan SS14 akibat masalah elektrikal pada jenteranya.

Walau bagaimanapun, pelumba Sweden itu berjaya meneruskan saingan pada hari terakhir perlumbaan dan menduduki tempat ketiga.

Catatan tersebut memadai untuk dia menuju ke pusingan terakhir dengan dipisahkan dua mata dengan pendahulu keseluruhan.

kredit artikel dan gambar : utusan


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *