(SUKAN) Sidang Media : World Cup Asia PaintBall 2012

Dewan Mahsuri di Langkawi akan menarik kembali perhatian dunia melalui World Cup Asia Paintball 2012 (WCA 2012) yang akan bermula dari 8 hingga 11 November ini.  Diiktiraf PRO PAINTBALL USA sebagai kejohanan paintball antarabangsa terbaik 2011, WCA 2012 kali ini bakal menerima jumlah penyertaan memberangsangkan daripada 160 pasukan antarabangsa dari lebih 32 negara. Menguatkan lagi prestij WCA 2012, mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Bin Mohamad telah dilantik sebagai penaung acara ini dan kesediaan Tun Dr Mahathir itu bakal memancu semangat kepada pihak panganjur untuk mengekalkan WCA sebagai acara sukan tahunan yang mantap. Acara dibawah kelolaan AKR Events dan PALS Events ini mendapat sokongan padu dari penaja tempatan seperti  TradeWinds Corp, Sapura Kencana Petroleum  dan Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCeb) yang memastikan WCS 2012 bakal menjadi kenyataan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *