(SUKAN) SIRI JELAJAH MALAYSIA SUPERLAWAK FC 2014 BAKAL MENERJAH KE SELURUH NEGARA

Spread the love

VP5D1771

Perjalanan SUPERLAWAK FC bermula pada tahun 2013 di mana mereka telah mengadakan beberapa sesi jelajah bolasepak  di seluruh negara.  Sambutan yang di terima dari para peminat SUPERLAWAK FC amat luarbiasa sekali. Lebih dari 75,000 peminat SUPERLAWAK FC telah datang untuk menyaksikan beberapa pertandingan bolasepak persahabatan di antara SUPERLAWAK FC  dengan  Pahang  FC, Astro Arena FC,  The Band FC, Veteran MPKU Kulai dan  UiTM Lecturers.

Sejajar dengan itu, Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd dengan kerjasama Rumah Artis Management telah mengambil inisiatif untuk untuk menganjurkan Siri Jelajah Malaysia Superlawak FC 2014.   Enam buah negeri telah dikenalpasti untuk siri jelajah tersebut bermula dari 27hb September 2014 sehingga 26hb Oktober 2014. Kali ini SUPERLAWAK FC bakal beraksi menentang bekas pemain bolasepak negeri-negeri yang terpilih dan juga selebriti tempatan.

SUPERLAWAK FC juga mendapat sokongan dari Sinar FM sebagai radio rasmi bagi siri jelajah ini.  SUPERLAWAK FC juga mendapat tajaan dari Admiral untuk menjadi pakaian sukan rasmi untuk siri jelajah ini.

Tiket masuk yang dikenakan hanya RM 10.00 seorang sahaja bagi orang dewasa dan percuma bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Tiket akan mula di jual di perkarangan stadium bermula jam 12.00 tengahari pada hari perlawanan tersebut. Amat berbaloi harga tiket ini kerana anda bakal memenangi pelbagai hadiah menarik yang disediakan menerusi sesi cabutan bertuah.

Acara akan dimulakan dari jam 4.00 petang dan berakhir 12.00 tengah malam. Penonton tidak akan merasa bosan kerana mereka bakal dihiburkan dengan persembahan dari artis-artis Sony Music dan juga berpeluang untuk beramah mesra dengan mereka.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai gerai jualan yang di sediakan di mana terdapat pelbagai jenis barangan yang menarik yang boleh di beli dengan harga yang berpatutan.

VP5D1755

SIRI JELAJAH MALAYSIA SUPERLAWAK FC 2014

 

Tarikh                                                   Tempat                                                                 Negeri

27hb September 2014                       Stadium Hang Jebat                                           Melaka

28hb September 2014                       Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang Johor

12hb Oktober 2014                             Stadium Likas, Kota Kinabalu                           Sabah

19hb Oktober 2014                             Stadium Perak , Ipoh                                          Perak

26hb Oktober 2014                             Stadium Negeri, Kuching                                   Sarawak

*Di atas sebab-sebab tertentu,satu lagi lokasi akan diumum kelak.

 

SENARAI PEMAIN SUPERLAWAK FC 2014

Dato’ AC Mizal
Jep Sepahtu
Shuib Sepahtu
Rahim Sepahtu
Fad Bocey
Achey Bocey
Ajak Shiro
Johan Era Radio
Emal School of Lawak
Jali School Of Lawak
Along Cham
Atu Raja Lawak
Akim AF
Zainal Abidin Hassan ( Bekas Pemain Pahang)


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *