(SUKAN) WALKATHON GUARDIAN TUMPU KEPADA BERJALAN 10,000 LANGKAH SEHARI

Spread the love

Guardian Walkathon 2016 Launch
KUALA LUMPUR, 29 Jun 2016 (Rabu): Guardian Walkathon 2016 – acara amal tahunan yang diadakan bertujuan menggalakkan aktiviti berjalan kaki sebagai sebahagian daripada gaya hidup yang lebih sihat, berharap untuk menarik sekurang-kurangnya 3,000 penyertaan dan mengumpul dana untuk 15 buah rumah anak yatim di seluruh negara.
Memasuki tahun ke-7, walkathon amal itu bakal berlangsung pada Hari Malaysia, 16 September 2016, di Taman Wetland, Putrajaya. Menerangkan tentang Guardian Walkathon 2016, di majlis pelancaran acara itu hari ini, Pengarah Pemasaran Guardian Health and Beauty Sdn Bhd Ms Christina Low berkata: “Selaku peruncit terkemuka dalam sektor farmasi, kesihatan dan kecantikan, dan warga korporat yang bertanggungjawab, Guardian telah mengumpul sejumlah besar dana untuk disumbangkan semula kepada masyarakat, dimana sebahagian besar dana yang diperoleh disalurkan bagi menyokong acara-acara kebajikan yang membantu meningkatkan kesejahteraan golongan yang kurang bernasib baik.”

“Kami percaya acara-acara seperti ini, adalah selaras dengan falsafah kami dalam membawa kesejahteraan kepada masyarakat di mana kami berkhidmat, dan pada masa yang sama, menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia.” Setelah beberapa tahun, acara amal walkathon Guardian telah berkembang; bilangan peserta telah meningkat. Begitu juga dengan jumlah dana yang diperolehi dan bilangan penerima juga telah meningkat. Seramai 15 buah rumah anak yatim di seluruh negara akan menerima manfaat daripada acara tahun ini.

Ms Low berkata walkathon tahun ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai untuk memberi tumpuan kepada “Berjalan Kaki 10,000 Langkah Sehari Untuk Gaya Hidup Yang Lebih Sihat,” sebagai langkah pertama ke arah kualiti dan kesejahteraan hidup secara keseluruhan. Tambah beliau: “Kami berpendapat bahawa senaman seharusnya menyeronokkan dan memuaskan, dan jika boleh, ia haruslah melibatkan seisi keluarga. Oleh itu, kami menyediakan dua kategori acara iaitu berjalan kaki 3 kilometer dan 5 kilometer yang menyeronokkan.”

Di samping itu, oleh kerana acara ini diadakan pada Hari Malaysia, peserta jalan kaki yang memakai kostum Malaysia paling Menonjol, akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa baucer Guardian bernilai RM1,000, dan hadiah sagu hati RM100 setiap seorang. Tiket ke Guardian Walkathon boleh didapati bermula hari ini sehingga 28 Ogos, pada harga istimewa iaitu RM25 setiap seorang bagi dewasa, RM15 setiap seorang untuk kanak-kanak dan ahli Golden Privilege, dengan pembelian minimum sebanyak RM20 dalam satu resit di Guardian. Tiket bagi penyertaan berkumpulan untuk empat orang pula boleh didapati pada harga istimewa RM60 untuk satu kumpulan. RM5 daripada setiap tiket yang dijual akan disumbangkan kepada rumahrumah anak yatim. Tiket boleh dibeli di mana-mana farmasi Guardian di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

Selepas mereka mendapatkan tiket masing-masing, peserta hendaklah melog masuk ke www.guardianwalkathon.com untuk mengisi butiran peribadi mereka. Antara pernaja-penaja acara walkathon tahun ini adalah Berocca, Biogrow, Bio-essence Blackmores, Ebene, Equal, Futuro, Lennox, LipHop, Omron, Panadol, Proviton, Sunplay dan Tiger Balm.

Untuk enam hari bermula 26 Julai sehingga 31 Julai, 2016, para penaja walkathon tersebut akan mengadakan Pameran Kesihatan di Centre Court, Pusat Membeli Belah 1 Utama. Ia akan dibuka mulai jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari.

Pengambilan pek larian telah ditetapkan pada 3 dan 4 September di Paradigm Mall. Ia boleh diambil di antara pukul 10 pagi sehingga 8 malam. Untuk maklumat lanjut berkenaan walkathon layari www.guardianwalkathon.com.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *