(SUKAN) WORLD BOXING COUNCIL (WBC) MENGESAHKAN MALAYSIA PROFESSIONAL BOXING ASSOCIATION (MBA)

dav

dav

30 OKTOBER 2016 – PUCHONG: WORLD BOXING COUNCIL (WBC), organisasi terkemuka dunia dalam sukan tinju professional hari ini mengumumkan dengan rasmi pengesahannya terhadap Malaysia Professional Boxing Association (MBA) sebagai satu-satunya pentas pelancaran yang dengan rasminya diiktiraf untuk peninju-peninju tempatan memakbulkan impian untuk mencapai peringkat antarabangsa.

dav

dav

Sejak awal tahun 1960an, sukan tinju profesional telah mengharumkan nama-nama lagenda seperti Sugar Ray Robinson, Muhammad Ali, Mike Tyson, Manny Pacquiao dan ramai lagi. Atlet-atlet ini telah mencapai kecemerlangan dan kemasyuhran di seluruh dunia. Tetapi, nama-nama tempatan tidak ramai pun. Kenapa?

Ini disebabkan oleh kekurangan organisasi tempatan yang diiktiraf oleh pertubuhan bertaraf dunia bagi menyediakan latihan profesional and tempat untuk peninju-peninju tempatan dalam merealisasikan cita-cita mereka kearah perhatian antarabangsa.

Masalah tersebut diselesaikan dengan persetujuan WBC dan MBA yang mencipta platform kepada peninju-peninju tempatan untuk membuktikan kehebatan mereka.

Setiausaha Agung WBC Asia, Patrick Cusick berkata, “Kami memang teruja bekerjasama dengan MBA kerana kami percaya terdapat ramai bakat-bakat tinju di Malaysia dan kawasan sekitarnya. Kami seakan-akan menemui sebuah lombong berlian yang belum digali! Kini kami sedia untuk menggali.”

Pengerusi MBA dan Pengarah Urusan Muayfit Puchong, Raymond Lew berkata, “Memang impian semua peninju boleh berbangga untuk bertanding di tempat-tempat glamor seperti Las Vegas dimana Mike Tyson atau Manny Pacquiao pernah bertarung. Namun, peninju-peninju Malaysia tidak pernah mendapat peluang ini kerana kami tidak pernah mempunyai pengiktirafan daripada mana-mana badan rasmi. Hari ini, kami menunaikan impian ini!”

dav

dav

Hari ini juga merupakan kesudahan sebuah seminar yang berlangsung selama 2 hari yang dijalankan oleh:-

Patrick Cusick – Setiausaha Agung WBC Asia, Lembaga Gabenor WBC, Ahli Jawatankuasa Kedudukan (Rating) WBC

Bruce McTavish – Pemenang Pelbagai Anugerah dan Pengadil Tinju Termasyhur, Ketua Pengadil & Hakim WBC

Brico Santig – Promoter Terbaik WBC OPBF

Ketiga-tiga pakar ini mempersembahkan sijil pengesahan kepada peserta yang menghabiskan seminar 2 hari ini, langsung menjadikan mereka hakim and pengadil yang sah dibawah WBC.

Seminar ini hanya langkah pertama. Acara lebih besar yang akan datang ialah Kejohanan WBC Asia, buat pertama kalinya dijadualkan di Malaysia pada Januari 2017. Peninju-peninju tempatan bakal beraksi manakala pengadil-pengadil and hakim-hakim yang dilantik hari ini bakal menjalankan tugas mereka.

Acara utama merupakan pertarungan kejohanan untuk merebut pingat and tali pinggang WBC Asia Featherweight, suatu pertarungan antara Siapa? Dari mana? dan Siapa? Dari mana?

Malaysia Professional Boxing Association (MBA) merupakan satu-satunya organisasi di Malaysia yang disahkan oleh World Boxing Council (WBC) untuk melatih dan menganjurkan kejohanan tinju. Muayfit ialah afiliasi MBA yang diakui oleh www.mmamania.com dan www.thefightnation.comsebagai salah satu daripada 10 gim MMA terbaik di seluruh Asia.

World Boxing Council (WBC) dibentukkan pada tahun 1963. Ia merupakan organisasi terkemuka dunia dalam sukan tinju profesional. Antara mereka yang pernah diiktiraf oleh WBC sebagai juara dunia adalah Floyd Mayweather Jr, Muhammad Ali, Joe Frazier, Mike Tyson dan Manny Pacquiao.

#malaysiaboxingfederation #wbc #wbcmuaythai #muayfit #boxing#martialart #professionalboxing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *