Tag: album

(HIBURAN) Pelancaran Album ” Bingkisan Aidilfitri ” & Kemuncak Festival Ramadan 2013

IMG_8631crop

4 Ogos 2013 – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKNN) dengan kerjasama Universal Music hari ini melancarkan album ”Bingkisan Aidilfitri” yang menghimpunkan 15 lagu raya baru bagi meraikan kedatangan Syawal tahun ini. Pelancaran album itu disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Dr Ong Hong Peng dan turut hadir ialah wakil Universal Music Malaysia, Kamaluddin Mohd Kassim. Ketua Pengarah JKNN Datuk Norliza Rofli berkata penerbitan album itu adalah untuk memperkayakan koleksi lagu raya yang diharap berupaya menjadi lagu raya sepanjang zaman seperti lagu dendangan penyanyi Tan Sri P. Ramlee, Saloma dan Sudirman yang wajib didengar setiap kali raya. “Lagu raya lama menjadi satu kewajipan bagaimanapun kami tidak menyerah kalah dan berharap lagu daripada album ini dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat ekoran kekuatan susunan melodi, muzik yang segar dan lirik yang mudah. “Genre yang ada dalam album ini juga mengandungi  joget, pop, rock alternatif, r&b, kontemporari dan sesetengah lagu mengingatkan kita kepada era 70-an dan 80-an kerana gaya penciptaan komposer yang lahir pada era itu,” katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran album itu di Dewan Bandaraya di sini hari ini. Read more →

(HIBURAN) Album Pedoman 2 – genre kerohanian dengan citarasa terkini

IMG_8543Album Pedoman 2 menggabungkan semula rakan-rakan seangkatan penyanyi Dato Sri Raja Rezza Shah seperti Ahmad Fauzee, Ebby Saiful, Nassier Wahab dan Dato Syed Sobri. Ia merupakan kesinambungan album Pedoman yang pernah dilancarkan pada tahun 1996. Terdapat 12 lagu dimuatkan di dalam album Pedoman 2 ini yang merupakan hasil karya dan gubahan muzik Fauzi Marzuki, Habsah Hassan, Melly Goeslow, Akhbar Nawab, Datuk Sharifah Aini, S. Atan dan ramai lagi. Read more →

(HIBURAN) DOA album terbaru dari Kumpulan UNIC

uniccropgmo

UNIC adalah merupakan salah sebuah kumpulan nasyid yang popular di tanah air, Malaysia. Kumpulan ini mula ditubuhkan pada Mei 2002 yang dianggotai oleh 3 orang anak muda yang berbakat. Fenomena yang dibawa oleh UNIC menjadikan mereka antara kumpulan nasyid yang tersohor di Malaysia dan juga di negara jiran seperti Indonesia, Brunei, Thailand, Singapura. UNIC diambil dari perkataan “You and I See” dan gabungan perkataan UNIK yang di olah secara kreatif menjadi UNIC. Read more →

(HIBURAN) CODY SIMPSON ANNOUCES NEW ALBUM

image003

Atlantic recording artist Cody Simpson has revealed details of his anticipated new album. “SURFERS PARADISE” – which follows the Australian-born pop star’s 2012 debut, “PARADISE” – arrives everywhere on July 16th.  “Surfers Paradise is basically the most famous area on the Gold Coast of Australia, where I am from,” explains Simpson. “I think this album really represents that piece of me, my lifestyle, and where I come from. When making my first album ‘Paradise’ it was sort of a journey to find myself as a young adult & artist. With ‘Surfers Paradise’ the entire process felt more natural and comfortable, like being back home. I wanted to share that feeling with my fans.” Read more →

(HIBURAN) JANJI buah tangan terbaru Kumpulan HIJJAZ

IMG_7121

Setelah hampir 3 tahun kumpulan nasyid terkenal HIJJAZ tidak mengeluarkan album penuh, akhirnya pada tanggal 9 Julai 2013 bersamaan 30 Syaaban 1434H sehari  sebelum umat Islam di Malaysia melaksanakan ibadat puasa, maka lahirlah album terbaru dari kumpulan ini untuk para peminat mereka yang sekian lama menunggu. Album JANJI yang berkonsep pop-rock ini memuatkan 9 buah lagu baru turut memuatkan lagu lama yang diberikan suntikan baru yang lebih segar dan bertenaga. Antara lagu yang dimuatkan di dalam album JANJI ini antaranya ialah Kau Pemilik Cinta, Janji Khalifah, Laukana Bainana, Hanyalah Iman, Pemimpin 3 Darjat, Penghulu Syurga, Harapan Ummah, Akulah Pencinta dan Pemula Langkah. Read more →