Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan program ‘Showcase An Evening With Anuar Zain @ MaTiC 2015’ di Dewan Tunku Abdul Rahman (TAR), MaTiC pada 6 dan 7 Mac 2015. Program ini adalah salah satu acara mega yang telah dirancang di MaTiC bersempena Malaysia Year of Festival 2015 (MyFest 2015). Read more →
Tag: ANUAR ZAIN
(SEMASA) ANUAR ZAIN BAKAL PENUHI IMPIAN PESAKIT KANAK-KANAK DI INSTITUT JANTUNG NEGARA
Institut Jantung Negara (IJN), 30 September 2014. Anuar Zain bakal memeriahkan majlis makan malam sempena ulangtahun kedua Pusat Jantung Kanak-Kanak Kongenital IJN (IJN PCHC). IJN PCHC akan melancarkan “PCHC Support Group” yang dinaungi oleh YABHG Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohamad Ali. PCHC Support Group ini ditubuhkan dengan objektive adalah untuk membantu pesakit dan keluarga / penjaga semasa proses perawatan di IJN serta menguruskan pesakit-pesakit jantung kongenital ini. Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut, PCHC Support Group ini memerlukan dana dan sukarelawan bagi membantu pesakit jantung kanak-kanak ini. PCHC Support Group ini adalah kumpulan sukarelawan yang berkerja sebagai rangkaian sokongan di kalangan ibu bapa dan kanak – kanak pesakit jantung. Melalui kumpulan sokongan ini, mereka berkongsi pengalaman dan memberi sokongan terhadap ibu bapa yang mempunyai anak pesakit jantung. Read more →
(HIBURAN) Peluang Bercuti Ke Jordan Bersama Anuar Zain
Buat julung-julung kalinya Scenic Leisure & Event dan FBA Media Sdn Bhd bersama-sama Anuar Zain Network Sdn Bhd bakal menganjurkan percutian Anuar Zain bersama-sama peminat ke sebuah negara yang penuh magis; Jordan. Read more →
(HIBURAN) “Terindah … Anuar Zain ” ditunda demi MH370
Pada sidang media hari ini, Anuar Zain Network mengumumkan tarikh baru bagi “Terindah … Anuar Zain ” yang akan diadakan pada 29 April, 2014, di Ballroom One World Hotel. Keputusan ini diambil bagi menghormati situasi yang sedang dialami kini. Read more →





