(SEMASA) ANUAR ZAIN BAKAL PENUHI IMPIAN PESAKIT KANAK-KANAK DI INSTITUT JANTUNG NEGARA

Spread the love

 IJN aa crop

Institut Jantung Negara (IJN), 30 September 2014. Anuar Zain bakal memeriahkan majlis makan malam sempena ulangtahun kedua Pusat Jantung Kanak-Kanak Kongenital IJN (IJN PCHC). IJN PCHC akan melancarkan “PCHC Support Group” yang dinaungi oleh YABHG Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohamad Ali. PCHC Support Group ini ditubuhkan dengan objektive adalah untuk membantu pesakit dan keluarga / penjaga semasa proses perawatan di IJN serta menguruskan pesakit-pesakit jantung kongenital ini. Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut, PCHC Support Group ini memerlukan dana dan sukarelawan bagi membantu pesakit jantung kanak-kanak ini. PCHC Support Group ini adalah kumpulan sukarelawan yang berkerja sebagai rangkaian sokongan di kalangan ibu bapa dan kanak – kanak pesakit jantung. Melalui kumpulan sokongan ini, mereka berkongsi pengalaman dan memberi sokongan terhadap ibu bapa yang mempunyai anak pesakit jantung.

Antara tujuan PCHC Support Group adalah :-

  1. Memberikan didikan kepada kanak – kanak pesakit jantung kongential.
  2. Memberikan maklumat kesihatan mengenai penyakit jantung kongential.
  3. Menganjurkan beberapa aktiviti seperti ceramah dan seminar bagi ibu bapa dan keluarga mengenai isu – isu rawatan dan penjagaan kesihatan
  4. Memberikan sokongan psikologi sebagai contoh kaunseling kepada keluarga pesakit atau penjaga.
  5. Menghubungkan dengan rangkaian badan-badan professional, agensi-agensi kerajaan dan individu yang terlibat.
  6. Membantu ibu bapa / penjaga dalam menguruskan anak – anak mereka dan berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa / penjaga.
  7. Memberi panduaan kepada ibu bapa mengenai penyelesain jangka panjang yang sesuai dengan keperluan penjagaan kesiahatan mereka.
  8. Menyediakan bantuan kewangan kepada ibu bapa semasa berada di hospital sekiranya memerlukan.
  9. Menganjurkan aktiviti – aktiviti bagi mengumpul dana daripada IJN foundation, badan korporat/individu bagi membantu kanak – kanak pesakit jantung yang mengalami masalah kewangan untuk proses pembedahan.

Untuk merealisasikan inisiatif ini, satu majlis makan malam amal akan diadakan seperti maklumat dibawah:

Tarikh : 5 Disember 2014

Masa : 8.00 mlm – 11.00 mlm

Tempat : Grand Ballroom, The Majestic Hotel, Kuala Lumpur

Tiket untuk majlis makan malam ini boleh dibeli melalui TicketCharge’s Hotline : +603 9222 8811. Website: www.ticketcharge.com.my. Manakala untuk pembelian meja koporat boleh dibuat secara terus melalui talian  +03 26178430/8317/8465 (Aziee Jais)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:-

Ainalida Mohamad Jamil

Pengurus Kanan, Jabatan Komunikasi dan Koporat

Institut Jantung Negara

Tel: +603-2600 6316

Email: ainajamil@ijn.com.my

Mohd Hafiz Hussin

Penolong pengurus, Jabatan Komunikasi dan Koporat

Institut Jantung Negara

Tel: +603 2600 6371

Email: hafizhussin@ijn.com.my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *