Tag: MIMI LANA

(HIBURAN) ASTRO SHAW UMUM KERJASAMA GLOBAL UNTUK FILEM ‘MOJO’ & KETUAI PEMASARAN DAN PENGEDARAN DI MALAYSIA

5 Februari 2025, Kuala Lumpur – Penerbit filem terkemuka Malaysia, Astro Shaw, terus mengukuhkan kedudukan di persada industri perfileman antarabangsa dengan mengumumkan kerjasama strategik bersama Sympatico – label produksi di bawah Double Vision, serta Argo Films dari UK yang diterajui oleh penerbit terkenal Richard Johns, dan Mocha Chai Laboratories, bagi penerbitan filem romantik komedi terbaru bertajuk Mojo. Read more →

(SEMASA) Pertunjukkan Fesyen Bulan Bintang Sedekad Menyinar

Sempena meraikan ulangtahun kesepuluh Bulan Bintang, sebuah pertunjukan fesyen dengan tema Sedekad Menyinar telah diadakan pada 2 Februari 2025 bertempat di KL Convention Center, Kuala Lumpur. Pertunjukan fesyen Bulan Bintang kali ini menampilkan koleksi raya “ready-to-wear” (RTW) untuk seisi keluarga merangkumi baju melayu pelbagai pilihan potongan beserta koleksi pakaian raya sedondon untuk wanita dan kanak-kanak dengan lebih 70 pilihan warna. Terbaharu, Bulan Bintang mengumumkan koleksi Baju Melayu  dengan tiga pilihan potongan Slim Fit, Tailored Fit dan Traditional Fit serta penggunaan kain yang lebih lembut, ringan, sejuk dan jahitan yang kemas untuk digayakan sepanjang hari. Sebagai jenama yang inklusif, koleksi kali ini ditawarkan dengan pilihan saiz sehingga 8XL dan pelbagai pilihan kurta. Read more →

(HIBURAN) FILEM THE EXPERTS CATAT RM10 JUTA, JADI PILIHAN RAMAI DI PAWAGAM

3 Jun 2024, Kuala Lumpur – Filem aksi heist no 1 pilihan ramai ketika ini, The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta. Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures ini telah menjadi kegemaran penonton dan menerima ulasan positif daripada peminat dan pihak media. Read more →

DI ANTARA PERTALIAN DARAH DAN PERTARUHAN BERANI: ‘THE EXPERTS’ TAMPILKAN AKSI HEIST PENUH BERGAYA

17 Mei 2024, Kuala Lumpur – Satu Keluarga, Satu Peluang, Satu Rompakan Terakhir. Filem ‘The Experts’ yang dipersembahkan dengan penuh bergaya membuktikan Astro Shaw sentiasa agresif dalam menghasilkan filem pelbagai genre, termasuk heist. Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata. ‘The Experts’ menjanjikan pengalaman sinematik dengan kualiti produksi bertaraf antarabangsa, menggabungkan elemen aksi yang penuh ‘thrill’, elemen kekeluargaan dan humor yang relevan dengan penonton tempatan. Read more →

(HIBURAN) “THE EXPERTS” – FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

Filem aksi heist yang dinantikan tahun ini, THE EXPERTS bersedia untuk temui penonton bermula 23 Mei depan di pawagam seluruh negara. The Experts terbitan oleh penerbit filem pecah panggung Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures,  mempertaruhkan jalan cerita yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar dan dipadatkan dengan elemen komersial, pasti mampu memberi keterujaan kepada penontonnya.   Read more →