Tag: Atikah Suhaime

(HIBURAN) Filem ‘Volkswagen Kuning’

digital-poster-volkswagen-kuning-06Industri perfileman tempatan kebelakangan ini menampakkan perkembangan yang sangat positif. Jumlah filem yang dihasilkan juga sangat memberangsangkan dengan jumlah kutipan yang tidak mengecewakan. Keadaan ini membuktikan bahawa penonton filem terutamanya peminat filem Melayu tidak pernah jemu menyokong filem tempatan. Sokongan yang begini amat diperlukan buat pembikin filem tempatan dalam usaha memupuk semangat sayangkan filem tempatan. MIG sendiri tidak pernah berhenti menghasilkan filem dalam usaha memartabatkan filem tempatan. Menghasilkan filem mengikut genre pilihan penonton merupakan salah satu usaha dalarn menarik minat penonton ke pawagam. Begitu juga dengan filem Volkswagen Kuning yang menampilkan genre seram sebagai latar cerita. Read more →

(HIBURAN) Intan Ladyana, Bella Dally, Atikah Suhaime Terajui Dewi Lasak!

Barisan pelakon Dewi Lasak bersama pengarah, Pierre Andre dan wakil penerbit, David Teo

Jangan disangka wanita yang lemah lembut tidak mempunyai bakat mempertahankan diri! Walaupun Seri, Dewi dan Qistina mempunyai raut rupa paras yang cantik tetapi itu bukanlah tanda mereka lemah dan mudah dipergunakan. Tampil dengan elemen lasak dan romantik, drama bersiri terbaru, DEWI LASAK yang bakal menggantikan ‘Karlos’ menampilkan barisan pelakon popular seperti Intan Ladyana (Seri), Bella Dally (Dewi), Atikah Suhaime (Qistina), Azwan Kombos (Faiz), Bil Azali (Izani Badarudin), Niezam Zaidi (Akil Rahmad), Amran Ismail (Joshua Azmi), Lokman Ghani (Jiman), Along Ezendy (Tony) dan ramai lagi bermula 26 Jun ini, setiap hari Rabu jam 9.00 malam menerusi slot Aksi. Read more →