Tag: Awie Husin Shy8 Usop Ezlynn Maimon Delimawati Kak Limah Zami Ismail Pak Abu Man Kadir Pak Jabit Rashidi Ishak Dr Samsudin Azwan Annuar Wan Kaswi Dewa Sapri Cik Purnama Nazari Nazari SMK Zainuri Zulfek

(HIBURAN) Tayangan Perdana Filem HUSIN MON DAN JIN PAKAI TONCIT

IMG_4861

SINOPSIS / MENGENAI FILEM

Beberapa tahun yang lalu selepas kejadian “Hantu Kak Limah” Husin yang telah bankrap akibat di tipu skim cepat kaya telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng-geng yang lamanya dan juga Mon wanita yang mula-mula mengisi taman hatinya semasa Kampung Pisang dilanda Zombi dan penyebab kepadanya hendak berjaya walaupun tidak mempunyai SPM. Namun bebarapa hari selepas itu Kampung Pisang telah di dilanda sesuatu perkara yang aneh.  Nampaknya sejarah misteri seratus tahun dulu berulang kembali. Kejadian kehilangan lelaki –lelaki teruna di Kampung Pisang kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya sibuk merancang rombongan ke Singapura dan menawarkan Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah menjadi semakin rumit apabila Husin sendiri telah didapati hilang dirumah oleh Usop dan kawan-kawannya. Kesan yang tinggal hanyalah bekas bungkusan mee maggi dari Singapura… apakah sebenarnya yang berlaku? Siapakah yang menculik Husin. Nantikan kemunculan Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon Jin Pakai Toncit di pawagam, 7 Febuari 2013. Read more →