Tag: tayangan unggul

(HIBURAN) Tayangan Perdana Filem HUSIN MON DAN JIN PAKAI TONCIT

IMG_4861

SINOPSIS / MENGENAI FILEM

Beberapa tahun yang lalu selepas kejadian “Hantu Kak Limah” Husin yang telah bankrap akibat di tipu skim cepat kaya telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng-geng yang lamanya dan juga Mon wanita yang mula-mula mengisi taman hatinya semasa Kampung Pisang dilanda Zombi dan penyebab kepadanya hendak berjaya walaupun tidak mempunyai SPM. Namun bebarapa hari selepas itu Kampung Pisang telah di dilanda sesuatu perkara yang aneh.  Nampaknya sejarah misteri seratus tahun dulu berulang kembali. Kejadian kehilangan lelaki –lelaki teruna di Kampung Pisang kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya sibuk merancang rombongan ke Singapura dan menawarkan Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah menjadi semakin rumit apabila Husin sendiri telah didapati hilang dirumah oleh Usop dan kawan-kawannya. Kesan yang tinggal hanyalah bekas bungkusan mee maggi dari Singapura… apakah sebenarnya yang berlaku? Siapakah yang menculik Husin. Nantikan kemunculan Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon Jin Pakai Toncit di pawagam, 7 Febuari 2013. Read more →

(HIBURAN) Filem ‘Bikers Kental’

Zizan Razak bakal kembali ke layar perak untuk filem terbarunya “Bikers Kental”.  Filem arahan Helmi Yusof mengisahkan seorang anak muda bernama Bidin Al Zaifa, yang mempunyai minat yang amat mendalam dengan motor berkuasa besar. Beliau yang bekerja di sebuah garaj workshop motor milik abang sepupunya, Aidil Al Zaifa. Bidin mempunyai impian.Impiannya adalah untuk menunggang motosikal besar dari Kuala Lumpur terus ke Thailand. Walaupun seorang yang cuai, sikap Bidin amat disenangi dan disukai ramai, Bidin telah ditawarkan peluang untuk berkonvoi bersama – sama dengan geng motosikal Eddie Cuardo, salah seorang pelanggan garaj Aidil.  Read more →