Tag: Black

(SEMASA) 360,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN ULANG TAHUN TV3 KE 39 DI KARNIVAL JOM HEBOH SELANGOR GENERASI MUDA

 

Petaling Jaya, 6 Jun 2023 – Karnival Jom Heboh (KJH) Selangor Generasi Muda mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan apabila dihujani lebih 360,000 pengunjung sepanjang tiga hari diadakan di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam. KJH kali ini juga istimewa kerana turut menyambut ulang tahun TV3 yang ke-39 dan ini merupakan kali pertama acara padang ini berlangsung selama tiga hari berturut-turut iaitu 2 hingga 4 Jun (Jumaat, Sabtu dan Ahad). Read more →

(HIBURAN) Kemuncak 30 tahun Wings

wings-30th-anniv-postWeb700-1024x1024

Kata Awie “Wings tidak pernah bubar, cuma bertukar anggota” …kata-kata tersebut mengambarkan keuntuhan perjuangan kumpulan muzik rock terkemuka tanah air ini. Hampir 30 tahun melawan arus masa, naik dan turun perjuangan mereka, pahit dan manis dikongsi bersama menjadikan mereka antara kumpulan muzik muzik rock yang unggul di persada arena muzik tempatan. Semenjak tahun 1985 sehingga 2015, kumpulan Wings telah bertukar anggota beberapa kali dan kini Awie, Joe, Eddie dan Black menjadi anggota terkini yang masih kekal mengemudi kumpulan Wings. Read more →

(HIBURAN) OMG’ (Ohsem Music Group) dan ‘Geng Kampung Pisang’ akan menceriakan malam Sabtu dan Ahad

page

Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini, TV3 dengan tema ‘Seindah Ramadan’ mempersembahkan pelbagai rancangan menarik termasuklah drama buat tontonan umum. Dua drama komedi iaitu ‘OMG’ (Ohsem Music Group) dan ‘Geng Kampung Pisang’ akan menceriakan malam Sabtu dan Ahad para penonton, mulai 13 Julai lalu. Read more →

(HIBURAN) ” Konsert Nusantara ” ikatan budaya Malaysia & Indonesia

IMG_7721resizeGMO

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia & Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia Indonesia (YIRMI) telah menganjurkan Konsert Nusantara 2013 bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert ini telah dilancarkan oleh YB Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia YB Dato’ Seru Utama Dr Rais Yatim bersama wakil Bapak Menteri Kebudayaan Indonesia. Konsert ini akan berlangsung pada 7 – 9 Mac 2013, 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya. Persembahan kebudayaan dari Indonesia melibatkan suku kaum bangsa Bugis, Batak, Mandailing, Boyan dan Minangkabau dan artis popular yang turut serta ialah Elly Kassim, Rossa dan Endang S Taurina. Manakala persembahan kebudayaan dari Malaysia pula adalah Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Yusni Hamid, Dato’ M. Nasir, Ziana Zain, Hafiz, Black, Stacy, Bob Yusof dan Yazer. Read more →