Tag: bersama

(SEMASA) Kempen “Move Your Body” Bersama WATSON

IMG_5858

Seperti sedia maklum, ramai rakyat Malaysia mengalami masalah keletihan dan gaya hidup yang tidak sihat. Dalam usaha untuk membantu mempromosikan gaya hidup yang sihat, WATSON dan CELEBRITY FITNESS berkerjasama dengan radio stesen terkenal HITZ.fm telah melancarkan kempen “Move Your Body”. Kempen ini merupakan kesinambungan kepada program Hari Kesihatan Sedunia dan bakal berlangsung bermula 25 Februari sehingga 30 Mac 2014 di seluruh rangkaian kedai WATSON di Lembah Klang dan Negeri Sembilan. Read more →

(HIBURAN) “TERINDAH” bersama Anuar Zain

IMG_5109

Anuar Zain, yang sememangnya sinonim dengan persembahan Minggu Setiausaha akan kembali pada tahun ini dengan satu-satunya persembahan eksklusif beliau bersempena Minggu Setiausaha, pada 8 April di Hotel One World. Read more →

(SEMASA) MELANCONG DI BUMI ANDALUSIA BERSAMA ANGKASAWAN NEGARA KE SEPANYOL-MOROCCO

IMG_2048crop

Sempena meraikan musim cuti persekolahan tahunan, Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor melancarkan pakej percutian selama 12 hari 11 malam ke Sepanyol dan Morocco bermula dari 26 Disember ini hingga 6 Januari 2014.

Majlis yang berlangsung di Restoran Rebung, Bangsar hari ini  turut dihadiri peminat Dr, Sheikh Muszaphar yang  telah menempah tiket bernilai RM12,700 (dewasa) agar tidak melepaskan peluang berlibur bersama angkasawan pujaan mereka. Read more →

(HIBURAN) Destinasi Ria Bersama Air Asia Kembali Menemui Penonton Di Astro

IMG_1639

Istimewa bermula November ini, pihak Astro Ria dengan kerjasama Air Asia, Mtertain Sdn Bhd dan Celebrate TV Sdn Bhd dengan berbesar hati membawakan program yang berkonsepkan kembara atau “travelogue” terbaru berjudul Destinasi Ria bersama Air Asia yang memaparkan percutian selebriti selebriti popular tanah air bercuti pelbagai destinasi menarik serata Asia. Program ini boleh ditonton pada setiap hari Rabu, jam 10.00 malam bermula 6 November 2013 di saluran 104. Read more →

(SEMASA) Malam Jalinan Mesra 2013 bersama Anuar Zain

IMG_1416

19 Oktober 2013 : KUALA LUMPUR – Bertempat di Telekom Malaysia Convention Centre, Kuala Lumpur telah berlangsungnya Malam Jalinan Mesra 2013 bersama Anuar Zain. Majlis yang diadakan untuk mengutip dana untuk sebuah organisasi ini telah berjaya menarik hampir 400 para tetamu yang terdiri dari pelbagai lapisan golongan peminat tidak kira muda mahupun dewasa. Penyanyi lelaki tersohor negara ini telah menghiburkan para tetamu yang hadir dengan dendangan 5 buah lagu baru dan lama. Pada malam tersebut, para tetamu juga dihiburkan dengan kaletah 2 pengacara iaitu Nabil dan Angah RAJA LAWAK. Tetamu yang hadir tidak kering gusi mendengar jenaka serta alunan nyanyian lagu dari dua jejaka ini. Sebahagian kecil tetamu yang hadir telah diberi peluang untuk beramah mesra dengan Anuar Zain selepas majlis tersebut apabila seramai 70 tetamu bertuah mendapat cabutan bertuah kad majlis beramah mesra tidak kira melalui cabutan nombor bertuah, soalan kuiz mahupun permainan yang telah dihoskan oleh Nabil dan Angah RAJA LAWAK. Read more →