Tag: DATO’ SITI NURHALIZA’

(HIBURAN) Lokman Aslam pembuka tirai Secretaries Week bersama Dato Siti NurHaliza,

DSC_1338

Sempena sambutan minggu setiausaha di Royale Chulan hotel KL setiausaha dan majikan dihiburkan oleh pembuka tirai Artist yang terkenal dengan r&b dan jazz Lokman Aslam. Lokman Aslam menyampaikan dua buah lagu Fly me to the moon yang merupakan lagu dari Frank sinatra dengan suara lunaknya. Dan diikuti dengan lagu terbaru single yang bertajuk PEREMPUAN  Yang akan dimainkan di corong radio tidak lama lagi.  Lagu ini juga Sesuai untuk semua setiausaha yang hadir. Penonton tidak kering gusi dihiburkan dengan telatah raja lawak kita zizan. Read more →

(HIBURAN) ” Konsert Nusantara ” ikatan budaya Malaysia & Indonesia

IMG_7721resizeGMO

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia & Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia Indonesia (YIRMI) telah menganjurkan Konsert Nusantara 2013 bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert ini telah dilancarkan oleh YB Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia YB Dato’ Seru Utama Dr Rais Yatim bersama wakil Bapak Menteri Kebudayaan Indonesia. Konsert ini akan berlangsung pada 7 – 9 Mac 2013, 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya. Persembahan kebudayaan dari Indonesia melibatkan suku kaum bangsa Bugis, Batak, Mandailing, Boyan dan Minangkabau dan artis popular yang turut serta ialah Elly Kassim, Rossa dan Endang S Taurina. Manakala persembahan kebudayaan dari Malaysia pula adalah Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Yusni Hamid, Dato’ M. Nasir, Ziana Zain, Hafiz, Black, Stacy, Bob Yusof dan Yazer. Read more →

(HIBURAN) MEMORABLE MOMENTS WITH DATO’ SITI NURHALIZA

DSC_6928

Dato’  Siti Nurhaliza Tarudin, 34, akan menjayakan persembahan Minggu Setiausaha di ibu negara pada 11 April ini. Persembahan yang diberi nama Memorable Moments With Dato’ Siti Nurhaliza itu akan diadakan di Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur pada waktu tengah hari. Dalam sidang media yang diadakan di Hotel Royal Chulan sebentar tadi, Dato’ Siti Nurhaliza telah memaklumkan tentang acara Secretaries Week Luncheon Special Memorable Moments With Dato’ Siti Nurhaliza yang bakal dijayakannya. Pada majlis itu juga nanti, penyanyi dan pencipta lagu serta penulis lirik, Lokman Aslam bakal menghiburkan tetamu yang hadir , dimana beliau akan bertindak sebagai  penyanyi pembuka tirai (opening) semasa acara  Secretaries Week Luncheon Special Memorable Moments With Dato’ Siti Nurhaliza . Difahamkan, ini adalah kali pertama Dato’ Siti mengadakan persembahan Minggu Setiausaha di hotel tersebut Tiket-tiket untuk menyaksikan acara ini sudah pun dijual pada harga RM550, RM450  dan RM350. Untuk sebarang tempahan atau sebarang maklumat lanjut, sila hubungi talian: 0326889688. Read more →