Ford telah melancarkan Ford Fiesta baharu dalam parti yang turut disertai oleh pemuzik terkenal di kampus the Taylors University Lakeside. Pengenalannya dibuat penuh gaya bersama konsert the hitz.fm Birthday Invasion LIVE dengan lebih 10,000 pengunjung dijangka hadir. Pelancaran parti ini merupakan usaha inovatif Ford dalam mengadakan majlis pelancaran kereta. Ia menghubungkan sifat kenderaan yang seronok dipandu serta personaliti penuh semangat untuk golongan sasar yang muda dan pintar teknologi. Read more →
Tag: Dengan
(HIBURAN) “TULUS” …menyatukan Aril dan Terry
Perjalanan karier seni bekas Naib Juara Akademi Fantasia 7, Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus , 28 tahun dalam industri hiburan tempatan masih rancak. Walaupun sibuk dengan tugas baru sebagai penyampai di stesen radio ERA FM sejak Ogos lalu, Aril baru sahaja tampil dengan sebuah lagu duet terbaru berjudul ‘Tulus’ , hasil kolaborasi dengan penyanyi yang berasal dari Indonesia, Terry. Penyanyi yang di bawah label Sony Music Indonesia itu sebelum ini pernah merakamkan kembali lagu Aishah yang berjudul ‘Janji Manismu’ dan popular dengan lagu hitsnya ‘Butiran Debu’. Read more →
(SEMASA) LINE Rai Ramadhan dengan Sticker Edisi Terhad bagi Pengguna Malaysia
LINE, , peneraju global khidmat pesanan telefon mudah alih yang sudahpun mencapai 180 juta orang pengguna, hari ini melancarkan koleksi istimewa sticker bertemakan Ramadhan khusus bagi para pengguna di Malaysia. Pengguna LINE boleh memuat turun siri sticker edisi terhad ini secara percuma dengan menambah Akaun Rasmi LINE Event pada senarai rakan mulai hari ini hingga 9 September 2013. Koleksi baru ini yang mengandungi lapan sticker dengan bentuk and ekspresi tersendiri menampilkan karakter asal LINE kegemaran ramai iaitu Cony, Brown and Sally. Siri sticker ini menunjukkan pelbagai amalan tradisional oleh karakter-karakter terkenal ini ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini termasuk memohon maaf, bersalaman, menghidang ketupat dan balik kampung. Read more →
(HIBURAN) Dato’ Shake Kembali Dengan “CHAMELEON”
20 Disember 2012 – Bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur telah berlangsungnya pelancaran album Melayu penuh terbaru dari Dato’ Shake. Album yang bertajuk ” Chameleon” ini mengandungi 12 lagu baru berbahasa Melayu sepenuhnya dan ia diterbitkan bersama oleh Dato’ Shake dan MaddBlues. Menjawab pertanyaan media mengenai album ini, Dato’ Shake menjelaskan ia merupakan album untuk peminat beliau yang telah lama menantikan kemunculan buah tangan terbaru dari beliau. Dato’ Shake juga menjelaskan tahun 2013 merupakan tahun untuk beliau kembali aktif di dalam industri muzik Malaysia termasuklah siri konsert jelajah di beberapa bandar utama di Malaysia yang bakal diberitahu kelak. Pada majlis ini juga, Dato’ Shake telah diperkenalkan sebagai duta ANDPI (Association of Natural Disaster Prevention Industry) Read more →