Tag: Disokong .MYDIN

(SEMASA) Seramai 200 Kanak-kanak dari Komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) Dilengkapi Keperluan Kembali Ke Sekolah Melalui Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP

Kuala Lumpur, 6 Mac 2023 – Majoriti keluarga Malaysia, dan anak-anak yang bersekolah sudah pastinya tidak sabar untuk menantikan permulaan penggal persekolahan baharu sebagai peluang untuk membina ilmu dan mencari kawan baru. Walau bagaimanapun, situasi ini berbeza bagi keluarga miskin bandar yang bimbang akan bebanan kos untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak mereka. Namun pengorbanan ke atas perbelanjaan rumah yang lain harus dibuat kerana menyedari bahawa pendidikan adalah penting demi masa depan anak-anak dan ia juga merupakan kunci untuk membasmi kitaran kemiskinan. Selain itu, tekanan inflasi global semasa telah meningkatkan bebanan sara hidup dan dilema mereka untuk mengharungi kehidupan di celah-celah kota metropolitan. Selain itu, tekanan inflasi global semasa telah meningkatkan bebanan sara hidup dan dilema mereka untuk mengharungi kehidupan di celah-celah kota metropolitan. Read more →