Tag: DXN

(SEMASA)  PRIHATIN DAN DXN TERUS KONSISTEN BANTU MANGSA BANJIR

KUALA SELANGOR, 06 Februari 2022 — Seramai 500 mangsa banjir telah menerima manfaat dari Program Sentuhan Kasih PRIHATIN x DXN hasil kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan DXN Holdings Berhad (DXN). Program yang berlangsung di Dewan Kampung Bestari Jaya, Kampung Bestari Jaya, Selangor itu turut disertai oleh YB Tan Sri Noh Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang. Selain itu, YB Tan Sri Noh Hj. Omar turut menyantuni ke rumah mangsa-mangsa banjir yang terkesan bagi menyelami denyut nadi penduduk di bawah parlimen kawasan beliau. Pihak PRIHATIN dan DXN telah bermurah hati memberi sumbangan berbentuk periuk nasi, dapur gas dan beg makanan asas kepada mangsa banjir yang terjejas. Read more →

(SEMASA) YAYASAN PRIHATIN DAN DXN PERUNTUKKAN RM1.56 JUTA RINGANKAN BEBAN MANGSA BANJIR

KUALA LUMPUR, 22 Januari 2022 – Seramai 500 mangsa banjir dari Jalan Tiong Nam dan sekitar Kuala Lumpur telah menerima manfaat daripada Program Sentuhan Kasih PRIHATIN x DXN hasil kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), DXN Holdings Berhad dengan sokongan Badan Amal Warga Asnaf Malaysia (BAWA). Program yang berlangsung di Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur ini telah disempurnakan oleh Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN). Pihak PRIHATIN x DXN telah memberi mesin basuh, peti ais, periuk nasi, kipas angin, tilam, keperluan makanan asas dan pakaian kepada mangsa banjir. Read more →