Tag: Elizabeth Tan

(HIBURAN) BLACK OPS FILEM AKSI KOLABORASI RENTAS NEGARA PRODUKSI MALAYSIA DAN HONG KONG

6 Januari 2026, Kuala Lumpur – Industri perfileman tempatan melakar sejarah baharu menerusi kerjasama rentas negara produksi Malaysia seperti Skop Productions, Enotech, Astro Shaw, Komet Studios, Marvelous Culture & Film, dan GSC, bersama syarikat penerbitan tersohor Hong Kong, One Cool Films milik bintang terkenal Louis Koo, menerusi filem aksi terbaru yang akan menggegarkan pawagam penghujung tahun 2026 berjudul Black Ops. Kerjasama ini turut menandakan kali pertama One Cool Film berganding bahu dengan produksi dari Malaysia. Read more →

(HIBURAN) Suara Semua Carnival 2025 – Edisi ke-9 Pertandingan Nyanyian Budaya ASEAN+1 Kembali dengan Siaran Nasional & Kemasukan Percuma

Kuala Lumpur, 27 September 2025Suara Semua Carnival 2025 (SSC 2025), edisi ke-9 pertandingan nyanyian budaya terbesar rantau ini, bakal berlangsung pada 19 Oktober 2025 (Ahad) di Dewan Tunku Abdul Rahman (DTAR), TAR UMT Setapak bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Read more →

(HIBURAN) ‘RAJA PLOT TWIST’ SYAFIQ YUSOF SEKALI LAGI MENGEJUTKAN PEMINAT MENERUSI FILEM AKSI THRILLER DI LUAR JANGKAAN

16 April 2024, Kuala Lumpur – Sheriff yang bakal menggegarkan pawagam seluruh negara merupakan sentuhan terbaru pengarah filem aksi box office nombor satu Malaysia, Polis Evo 3, iaitu Syafiq Yusof. Filem aksi thriller terbitan dua studio gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw ini akan menemui penonton di pawagam Malaysia dan Singapura bermula 18 April. Read more →

(HIBURAN) SYAFIQ YUSOF BUKTIKAN ABANG LONG FADIL 3 FILEM KOMEDI AKSI TERBAIK SEPANJANG ZAMAN

Petaling Jaya, 26 Ogos 2022 – Dua penerbit yang mendominasi filem-filem pecah panggung Malaysia, Skop Productions dan Astro Shaw sekali lagi bekerjasama dan bersedia mempersembahkan filem terbaru daripada francais komedi aksi ‘blockbuster’ no 1 Malaysia, Abang Long Fadil 3 bermula 8 September di seluruh pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei. Lebih gempak, lebih impak, lebih aksi, lebih komedi; itu yang dirumuskan mengenai Abang Long Fadil 3. Filem sekuel ketiga ini menampilkan kualiti produksi yang lebih mengagumkan dan antara kelainan yang ditampilkan adalah set terbesar pertama dibina di Malaysia untuk pembikinan filem tersebut. Read more →