Tag: Joey Daud

(SEMASA) Pertunjukkan Fesyen Bulan Bintang Sedekad Menyinar

Sempena meraikan ulangtahun kesepuluh Bulan Bintang, sebuah pertunjukan fesyen dengan tema Sedekad Menyinar telah diadakan pada 2 Februari 2025 bertempat di KL Convention Center, Kuala Lumpur. Pertunjukan fesyen Bulan Bintang kali ini menampilkan koleksi raya “ready-to-wear” (RTW) untuk seisi keluarga merangkumi baju melayu pelbagai pilihan potongan beserta koleksi pakaian raya sedondon untuk wanita dan kanak-kanak dengan lebih 70 pilihan warna. Terbaharu, Bulan Bintang mengumumkan koleksi Baju Melayu  dengan tiga pilihan potongan Slim Fit, Tailored Fit dan Traditional Fit serta penggunaan kain yang lebih lembut, ringan, sejuk dan jahitan yang kemas untuk digayakan sepanjang hari. Sebagai jenama yang inklusif, koleksi kali ini ditawarkan dengan pilihan saiz sehingga 8XL dan pelbagai pilihan kurta. Read more →

(HIBURAN) “TAN-TI-ANA” – Filem Komedi Seram Di Sebalik Tabir Penggambaran Filem

27 Februari 2024, Kuala Lumpur – Dream At Work Sdn Bhd (DAW) dengan kerjasama NHF Productions Sdn Bhd buat julung kalinya menerbitkan sebuah filem komedi seram yang dinantikan ramai berjudul “TAN-TI-ANA”. Read more →

(HIBURAN)  KARYA TERBARU DAIN SAID ‘HARUM MALAM’  MENEMUI KHALAYAK 9 FEBRUARI INI

Pengarah filem tersohor Dain Said, kini kembali dengan sebuah karya baru yang amat dinantikan-nantikan. Filem Harum Malam yang bergenre seram, bakal ditayangkan di 90 buah pawagam seluruh Malaysia bermula pada 9 Febuari 2023. Read more →

(HIBURAN) SYAFIQ YUSOF BUKTIKAN ABANG LONG FADIL 3 FILEM KOMEDI AKSI TERBAIK SEPANJANG ZAMAN

Petaling Jaya, 26 Ogos 2022 – Dua penerbit yang mendominasi filem-filem pecah panggung Malaysia, Skop Productions dan Astro Shaw sekali lagi bekerjasama dan bersedia mempersembahkan filem terbaru daripada francais komedi aksi ‘blockbuster’ no 1 Malaysia, Abang Long Fadil 3 bermula 8 September di seluruh pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei. Lebih gempak, lebih impak, lebih aksi, lebih komedi; itu yang dirumuskan mengenai Abang Long Fadil 3. Filem sekuel ketiga ini menampilkan kualiti produksi yang lebih mengagumkan dan antara kelainan yang ditampilkan adalah set terbesar pertama dibina di Malaysia untuk pembikinan filem tersebut. Read more →

(HIBURAN) Transformasi Kehidupan Joey Daud Dalam Bidang Seni

Hampir tiga dekad bergelar anak seni, pelakon dan pelawak otai, Joey Daud terpaksa membuka akaun Instagram dan TikTok untuk mempromosikan filem terbaharu berjudul Gadis Jolobu The Movie. Read more →