Tag: Fazlina Ahmad Daud

(HIBURAN) KISAH IKTIBAR DARI ‘KIFARAH’

Kifarah 1

Kita sebagai manusia yang diberi akal fikiran yang waras hendaklah melakukan suruhanNya dengan penuh keimanan dan keikhlasan serta meninggalkan segala laranganNya. Ingatlah bahawa setiap perbuatan manusia sama ada besar ataupun kecil akan dicatat dan tetap mendapat balasan daripada Allah SWT. Itulah mesej yang diselitkan di dalam drama siri terbaru ‘KIFARAH’ menerusi slot Zehra yang akan menggantikan drama ‘Menjinak Ombak’. Read more →

(HIBURAN) FIRA AYUNI – MUSUH DAN DENDAM KERANA CINTA

logoFIRAAYUNI1small

Terbaru di slot Samarinda, drama bersiri 15 episod terbitan Temenggong Pictures, ‘Fira Ayuni’ bakal menemui penonton bermula 24 September 2013. Drama yang diarahkan oleh sutradara Isma Aizal Yusoff dan nukilan skrip oleh Siti Soleha Abdul Ghani ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Faralyna Idris, Azlee Khairi, Shah Iskandar, Intan Ladyana, Dato’ Eizlan Yusoff, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi. Read more →

(HIBURAN) SUASANA GAMAT KERANA SEEKOR AYAM JANTAN

Ayam - Dapatkah mereka beraya dengan juadah masakan ayam

Ramadan ini TV3 yang tampil dengan tema ‘Seindah Ramadan’ membawakan pelbagai genre program termasuklah drama yang berbentuk tauladan dan pengajaran. Sepanjang bulan Ramadan ini juga, penonton setia TV3 berpeluang menyaksikan drama komedi AYAM setiap hari Ahad jam 7.30 malam mulai 14 Julai 2013.Drama 4 episod yang diterbitkan oleh Primeworks Studio ini diarahkan oleh Zulkeflee Mohamad Said. Read more →

(HIBURAN) Komedi baru ‘Mak Lang Datang Kompang Bergendang’ di TV3

nabil lagi

CABARAN MAK LANG MENCARI CALON ISTERI “PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR”

Petaling Jaya, 11 Januari 2013 – Bila bercakap soal jodoh, ramai yang memilih untuk berusaha sendiri atau tentukan pasangan hidup sendiri. Namun, apabila si ibu yang sudah tidak sabar untuk mencarikan calon isteri untuk anaknya malah meletakkan syarat bahawa bakal menantunya haruslah dilengkapkan dengan ciri-ciri seorang ‘Perempuan Melayu Terakhir’, apakah yang akan terjadi nanti?

Menerusi slot Senda Pagi, saksikan drama bersiri komedi baru ‘Mak Lang Datang Kompang Bergendang’ yang sudah menemui para penonton TV3 mulai 7 Januari 2013, setiap hari Isnin jam 10.00 pagi. Drama bersiri 13 episod terbitan Pujangga Kreatif Sdn. Bhd. ini diarahkan oleh M.Nazir Juhan (Jet Lee) dengan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Fauziah Nawi, Nabil Ahmad, Leez Rosli, Norman Hakim, Norseha, Wan Raja, Acong, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi. Read more →

(HIBURAN) Filem “Zaiton Ceritaku”

Zaiton Sameon, satu nama yang pernah menjadi sebutan satu ketika dahulu dan kini kisah penyanyi ini di filemkan oleh Bruang Filem Sdn Bhd.  Read more →