Tag: Faezah Elai

(HIBURAN) KISAH IKTIBAR DARI ‘KIFARAH’

Kifarah 1

Kita sebagai manusia yang diberi akal fikiran yang waras hendaklah melakukan suruhanNya dengan penuh keimanan dan keikhlasan serta meninggalkan segala laranganNya. Ingatlah bahawa setiap perbuatan manusia sama ada besar ataupun kecil akan dicatat dan tetap mendapat balasan daripada Allah SWT. Itulah mesej yang diselitkan di dalam drama siri terbaru ‘KIFARAH’ menerusi slot Zehra yang akan menggantikan drama ‘Menjinak Ombak’. Read more →

(HIBURAN) KL Zombi Serang Pawagam 29 Ogos Ini

GROUP PHOTO (1)

Resah pencinta filem tempatan berakhir apabila Grand Brilliance mengumumkan baru-baru ini bahawa filem terbaru terbitan mereka, KL Zombi akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 29 Ogos 2013. Filem yang diadaptasi dari novel Fixi karya Adib Zaini berjudul Zombijaya ini dianggap sebagai filem zombi pertama negara yang lengkap dengan tatarias dan efek yang setanding dengan taraf filem antarabangsa.  Selain menggalas tanggungjawab sebagai pengarah filem, Woo Ming Jin (Salon, Seru) juga mengolah skrip dan lakon layar untuk filem ini. Read more →