Tag: HIDUP INI

(HIBURAN) Pelancaran Album ONCE

IMG_3575

Elfonda ‘Once’ Mekel atau lebih dikenali sebagai ONCE merupakan seorang bintang yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan. Once telah mula dikenali sejak beliau menganggotai Dewa pada tahun 1999. Dewa yang telah beberapa kali mengalami pertukaran ahli pernah mendapatkan khidmat Once sebagai vokalis utama yang sebelum ini dipegang oleh Ari Lasso. Namanya melonjak naik selari dengan populariti Dewa yang mendapat perhatian menerusi beberapa album termasuk “Bintang Lima”, “Cintailah Cinta”, “Atas Nama Cinta I & II”, dan “Republik Cinta”. Kumpulan ini juga begitu popular dengan dengan beberapa lagu hit seperti “Pupus”, “Arjuna”, “, “Separuh Nafas”, “Sayap-sayap Patah”, “Laskar Cinta”, “Sedang Ingin Bercinta”, dan banyak lagi! Tanpa hanya bertumpu pada negara asal kumpulan ini, iaitu Indonesia, lagu-lagu oleh Dewa juga turut mendapat sambutan yang hebat di Malaysia!. Read more →