Tag: Hilal Azman

(HIBURAN) Filem “Muka Surat Cinta”

MSCcropSMALL

Pierre Andre merupakan seorang pengarah yang menjadikan konsep ‘indie’ dan ‘art movie’ sebagai salah satu cara beliau mendapatkan kepuasan dalam  berkarya. Skrip asal “Muka Surat Cinta” adalah sebuah skrip yang digarap untuk satu filem pendek yang kemudiannya diangkat oleh MIG ke layar perak untuk dikomersialkan. Filem ini membariskan gandingan baru dari 3 negara berbeza iaitu Malaysia , Singapura dan Brunei menerusi lakonan 3 pelakon muda Mikail Andre (Putra),  Nina Iskandar (Luna) dan Atikah Suhaimie (Nurul) selaku teraju utama­nya disamping barisan pelakon lain yang turut menjayakan filem ini iaitu Hilal Azman, Azwan Kombos dan Afiera Riana. Read more →

(HIBURAN) ” Kampung Girl ” Kisah Dua Hati Yang Berbeza Taraf

Kampung Girl (5)cropsmall

Selepas ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ berjaya mencipta fenomena luar biasa saban minggu dan telah melabuhkan tirai pada minggu lalu, tumpuan bakal beralih ke sebuah lagi drama siri romantik komedi 13 episod berjudul ‘Kampung Girl’ yang menampilkan Akim Ahmad sebagai Ashraf Khairi dan Nad Zainal sebagai Ainnur Azmi di bawah arahan sutradara Heykal Hanifah manakala garapan skrip oleh Heykal sendiri bersama Eja Lorena dan Zakinah Ab. Zarith. Read more →