Tag: Ramona Zam Zam

(HIBURAN) Slot Drama Terbaru di AKASIA ‘Cinta Jannah’

Poster Cinta Jannahcropsmall

Cinta tidak boleh dipaksa, kadang-kadang cinta boleh datang dan pergi dengan sekelip mata.  Perlukah kita berbohong demi meraih cinta sejati?  Adakah campur tangan keluarga dapat menghalang dua hati yang sudah terpaut? Dengan gandingan dua pelakon muda yang sedang meningkat naik, Aeril Zafrel yang sedang meniti nama di Hollywood bersama pelakon jelita yang popular dengan drama ‘Setia Hujung Nyawa’, pasti gabungan pelakon dan jalan cerita yang mantap, drama terbaru untuk slot Akasia, ‘Cinta Jannah’ bakal melakar sejarah memecah box office setanding dengan ‘Teduhan Kasih’ yang berjaya menambat hati jutaan rakyat Malaysia. Read more →

(HIBURAN) ” Kampung Girl ” Kisah Dua Hati Yang Berbeza Taraf

Kampung Girl (5)cropsmall

Selepas ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ berjaya mencipta fenomena luar biasa saban minggu dan telah melabuhkan tirai pada minggu lalu, tumpuan bakal beralih ke sebuah lagi drama siri romantik komedi 13 episod berjudul ‘Kampung Girl’ yang menampilkan Akim Ahmad sebagai Ashraf Khairi dan Nad Zainal sebagai Ainnur Azmi di bawah arahan sutradara Heykal Hanifah manakala garapan skrip oleh Heykal sendiri bersama Eja Lorena dan Zakinah Ab. Zarith. Read more →

(HIBURAN) ” Cinta Jangan Pergi “drama bersiri terbaru di TV9

IMG_7144crop

Drama bersiri Cinta Jangan Pergi (CJP) arahan Kabir Bhatia  mengisahkan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir merubah segalanya. Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Khalil (Remy Ishak) dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja dalam perjalanan ke Paris. Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah bersama. Kehadiran Khalil pada permulaannya tidak disenangi oleh lea, dan akhirnya cinta mereka berputik. Namun siapa sangka dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga.  Apa yang terjadi antara mereka ? Nantikan lakonan Remy Ishak, Tiz Zaqyah,Nadiya Nisaa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Aleza Shadan dan Kartina Ayob di dalam variasi drama 26 episod ini bermula 6 April nanti, setiap sabtu dan ahad, hanya di TV9! Read more →