Tag: INDERALOKA

(HIBURAN) INDERALOKA satu eksperimentasi oleh MONOLOQUE

1146310_10152498292350616_1447210556_o

Kata Inderaloka’ menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga membawa maksud tempat diamnya Bentara Indera, yakni dewa yang memerintah di kayangan menurut kepercayaan Hindu, mudahnya ia dipanggil syurga. Kata yang jarang digunapakai di alam Melayu mutakhir ini kerana memberi makna tempat yang tidak pernah disinggahi. Dalam dunia muzik Melayu moden mungkin ia pernah sekali digunakan iaitu melalui lagu ‘Gema di Inderaloka’ bawaan kumpulan Wings iaitu satu lembah yang hanya wujud pada penulis melalui mimpinya. Jika kata inderaloka digunakan sebagai satu kiasan di alam nyata, mungkin ia jadi satu utopia bagi si pengungkap katanya : satu daerah yang terlalu sempurna sehingga kita boleh persoalkan ; bolehkah ia wujud di dunia nyata, di alam manusia? Read more →