Penggemar filem dan peminat tegar permainan video mudah alih, khususnya Mobile Legends: Bang Bang, pasti teruja kerana Key Billions Sdn. Bhd. dengan sukacitanya menerbitkan filem yang dinanti-nantikan, Soloz: Game of Life, yang akan menemui peminat di pawagam seluruh negara pada 23 Januari 2025. Filem ini, yang diangkat daripada kisah benar perjalanan hidup seorang ikon Esukan tanah air, Muhammad Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz, menawarkan sesuatu yang amat istimewa. Soloz bukan sekadar nama yang dikenali dalam arena E-sukan, beliau merupakan symbol keberanian dan ketabahan dalam mengejar impian. Dari seorang pemuda biasa dari Seremban, Negeri Sembilan, Soloz telah mengharungi pelbagai cabaran sebelum berjaya mengukir nama sebagai pemain E-sukan profesional dalam dunia Mobile Legends: Bang Bang. Apa yang membuatkan Soloz: Game of Life berbeza daripada filem-filem lain adalah pendekatannya yang mengangkat tema E-sukan dengan begitu mendalam. Di bawah arahan Syafiq Yusof, seorang pengarah muda yang telah berjaya membina reputasi cemerlang dalam industri perfileman tanah air, filem ini menjanjikan pengalaman yang segar dan berbeza. Syafiq Yusof, dikenali dengan kebolehannya menarik hati penonton melalui naratif yang kuat dan visual yang mengagumkan, sekali lagi membuktikan kemahirannya dalam mengendalikan genre baharu ini. Menonton Soloz: Game of Life adalah seolah-olah menelusuri helaian kisah kehidupan seorang insan yang menjadikan minat sebagai kerjaya, mengolah cabaran menjadi peluang, dan impian menjadi kenyataan. Dengan elemen inspirasi dan dedikasi yang begitu kuat, filem ini dijangka bukan sahaja menghiburkan tetapi juga memberi motivasi kepada penontonnya. Read more →
Tag: Jaa Suzuran
(HIBURAN) KISAH PERJALANAN SOLOZ KE PUNCAK KEMASYHURAN MOBILE LEGENDS BAKAL DIADAPTASI DALAM FILEM GAME OF LIFE ARAHAN SYAFIQ YUSOF
KUALA LUMPUR, 26 MAC 2024 – Kisah perjalanan hidup pemain esukan terkemuka negara, Muhammad Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz, bakal menjadi inspirasi melalui sebuah filem terbaru, Game of Life. Filem tersebut akan membawa penonton menyelami pengalaman Soloz yang menempuh pelbagai cabaran sehingga berjaya menempa nama sebagai antara pemain profesional terkenal dan berjaya dalam arena permainan video mudah alih, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Read more →