Tag: #KEAJAIBANRAMADAN

(SEMASA) HYPPTV TERUS MENGAMBIL BARAKAH RAMADAN DENGAN KEMPEN #TAMBAHLAGI #KEAJAIBANRAMADAN BERSAMA YAYASAN ARTIS 1 MALAYSIA (YA1M) DAN YAYASAN BANTUAN MAKANAN

 

Dalam meraikan bulan Ramadan yang mulia ini, Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah, HyppTV, telah menyusun beberapa aktiviti berteraskan kemasyarakatan, termasuklah aktiviti bersama anak-anak yatim dan pelajar-pelajar Sekolah Tahfiz terpilih di Shah Alam. Aktiviti-aktiviti ini adalah selari dengan kempen HyppTV, #tambahlagi #KeajaibanRamadan yang melibatkan bukan sahaja menambah kandungan saluran dan program berkualiti tinggi pada platform perkhidmatan tersebut, tetapi turut menambah kebajikan buat komuniti sepanjang bulan Ramadan ini. Read more →