Tag: Kesihatan

(SEMASA) Natasha Hudson dan Amyra Rosli duta terbaru AURAWHITE

IMG_7665

Setelah lama mengunci mulut mengenai duta terbaru AURAWHITE, pada tarikh 1 Mei 2014 segala teka-teki mengenai barisan baru duta produk AURAWHITE terjawab sudah setelah duta produk sebelum ini iaitu Hanez Suraya tidak lagi menyambung kontrak beliau sebagai duta AURAWHITE.  Syarikat AURAWHITE GLOBAL SDN BHD kali ini memperkenalkan bukan hanya satu tetapi dua duta baru produk syarikat tersebut bagi memantapkan lagi barisan duta produk AURAWHITE disamping Izzue Islam yang merupakan duta bagi produk AURAMEN. Read more →

(SEMASA) Tefal perkenalkan ActiFry FZ7072 untuk Memasak Makanan Lazat dan Berkhasiat tatkala Mengimbangi Rasa dan Kesihatan

(L-R) Dino Goh, Kelvin Mow, & Chef Anis Nabilah giving thumbs up to the Tefal ActiFry

Tefal, pembuat peralatan masak dan perkakasan rumah utama dunia, memperkenalkan Tefal ActiFry FZ7072 iaitu satu periuk yang menawarkan kaedah memasak yang sihat dan moden di samping menggunakan teknologi memasak yang praktikal. Periuk dari Perancis ini mendapat sanjungan ramai dan merupakan No.1 di Eropah dan Kanada, memastikan penggunanya dapat memasak dengan lebih mudah dan sihat serta mengekalkan rasa sesuatu makanan itu tatkala tidak menjejaskan kandungan khasiat dalamnya.  Pengguna-pengguna yang menjalani rutin kehidupan harian yang sibuk dan tidak berkesempatan untuk memasak di rumah, akan mendapati bahawa Tefal ActiFry FZ7072 adalah penyelesaian terbaik untuk mereka. Golongan bekerja kini berpeluang untuk menikmati makanan sihat dan menyelerakan tanpa perlu menahan nafsu makan mereka terhadap juadah yang lazat. Read more →

(SEMASA) NESTLÉ CABAR 1 JUTA RAKYAT MALAYSIA AMALKAN KEHIDUPAN SIHAT

IMG_5847crop

Nestlé Malaysia hari ini mencabar rakyat Malaysia untuk mengamalkan kehidupan yang sihat melalui pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat. Dalam tempoh enam minggu, syarikat Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan itu bermatlamat untuk meyakinkan sekurang-kurangnya 1 juta warga Malaysia supaya berikrar bagi mengamalkan gaya hidup sihat. Read more →