Tag: Hanez Suraya

(HIBURAN) TEATER “ PROJEK KAHWIN “

IMG20140526161314 (2)

Setelah kejayaan mementaskan teater komedi, Maduku Kalut, MASK Team kini berkolaborasi bersama IIAN Enterprise dengan mementaskan sebuah teater humor dokumentari yang bertajuk ‘Projek Kahwin’. ‘Projek Kahwin’ akan dipentaskan pertama kalinya di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga 14 Jun 2014 pada jam 8.30 malam. Pementasan teater ini melibatkan 10 persembahan di mana pada 7 dan 14 Jun 2014 diadakan persembahan matinee di sebelah petang. Read more →

(SEMASA) Natasha Hudson dan Amyra Rosli duta terbaru AURAWHITE

IMG_7665

Setelah lama mengunci mulut mengenai duta terbaru AURAWHITE, pada tarikh 1 Mei 2014 segala teka-teki mengenai barisan baru duta produk AURAWHITE terjawab sudah setelah duta produk sebelum ini iaitu Hanez Suraya tidak lagi menyambung kontrak beliau sebagai duta AURAWHITE.  Syarikat AURAWHITE GLOBAL SDN BHD kali ini memperkenalkan bukan hanya satu tetapi dua duta baru produk syarikat tersebut bagi memantapkan lagi barisan duta produk AURAWHITE disamping Izzue Islam yang merupakan duta bagi produk AURAMEN. Read more →

(SEMASA) Izzue Islam duta terbaru produk AURAMEN

IMG_3655

Aura White Global Sdn Bhd hari ini melancarkan serta memperkenalkan duta bagi produk terbaru mereka iaitu Izzue Islam. Pelakon serta salah satu anggota kumpulan harmoni FORTEEN tersebut merupakan wajah baru bagi produk AURAMEN TURBO COLLAGEN. Izzue Islam merupakan duta kedua syarikat tersebut selepas pelakon terkenal Hanez Suraya yang merupakan duta bagi produk AURA WHITE BEAUTY. AURAMEN TURBO COLLAGEN merupakan minuman kolagen pertama khas untuk lelaki yang diformulasikan menggunakan teknologi dari Korea. Ia menggabungkan bahan seperti kolagen, whey protein, tribulus, campuran beri, saw palmetto, vitamin, stem sel dan sebagainya. Selain itu juga, pihak Aura White Global Sdn Bhd  yang diterajui oleh Puan Furyna Azmeer serta suami En. Saiful Safwan turut melancarkan produk terbaru iaitu AURAWHITE SKIN SPA serta minuman kolagen AURAWHITE STEM CELL. Read more →

(HIBURAN) ” AUTUMN DI HATIKU ” DRAMA BERSIRI SULUNG DI WEB TONTON

pr9th1WLGO4WBFtLIHtlQARQbi_rfaBmRMusGbAz0ng

Portal video nombor 1 di Malaysia, Tonton bakal menyiarkan sebuah drama bersiri sulung untuk tontonan secara global. Komedi romantik, AUTUMN DI HATIKU yang diinspirasi daripada fenomena K-Pop bakal ditayangkan bermula Rabu, 3hb Julai 2013 menerusi laman Tonton dengan dengan 3 episod harian bermula seawal 12 tengah hari. Merupakan antara drama bersiri di Tonton paling awal ditayangkan, AUTUMN DI HATIKU diarahkan oleh MJ Woo dan Edmund Yeo menampilkan aktres terkenal Hanez Suraya, bintang Korea Kim Jin Sung, pelakon utama Vanila Coklat Aiman Hakim dan ramai lagi. Read more →