Tag: Konsert

(HIBURAN) KONSERT KITA 20FORTEEN

flyer 20FORTEENcropgmo

FORTEEN bermula dengan 4 jejaka berbakat besar Izzue, Ariz, One dan Ameer disatukan menerusi ujibakat oleh KRU Music pada tahun 2011. Genap 3 tahun, sebut sahaja nama FORTEEN, pasti ramai terbayangkan alunan vokal yang mantap dengan lagu-lagu pop balada yang sering menjadi hit di corong-corong radio. Ini terbukti melalui kejayaan single pertama mereka ‘Berdua Bersatu’, FORTEEN tersenarai dalam Top 5 Artis Duo/Kumpulan ABPBH 2011. Selepas kejayaan single pertama ini, FORTEEN tampil mempertaruhkan single kedua `Seperti Dulu’ yang juga  merupakan lagu tema filem 3D pertama keluaran KRU Studios `29 Februari’. Industri muzik negara seakan merestui perjalanan seni FORTEEN apabila mereka dinobatkan sebagai Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 19 tahun 2012 dan tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 27. Diikuti pula dengan kejayaan single ketiga `Kita’ yang berjaya tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 28 dan Top 5 Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 20. Read more →

(HIBURAN) KONSERT UNGU “LIVE” DI MALAYSIA

GRP_7205gmo

Kumpulan dari Indonesia yang popular menerusi lagu “Demi Waktu” UNGU, bakal menemui peminat di Malaysia pada 28 Februari 2014 bertempat di Kenanga Wholesale City, Star Stage, Kuala Lumpur. Read more →

(HIBURAN) NING BAIZURA ‘KONSERT PELANGI UNTUKMU’

DSC_0059gmo

Dengan majlis pelancaran minyak wangi ‘NING’ yang gilang gemilang pada dua minggu yang  lepas dan juga dengan pembikinan single terbaru beliau “Bukan Wanita Sempurna”, Ning kini  telah sedang bersedia untuk membuat persembahan konsert pada 16hb November 2013 di TM  Convention Centre yang di dokong oleh TM, Suria fm, Media Hiburan dan Budiey.com. ‘Konsert Pelangi Untukmu’ fokus kepada pengalaman peribadi beliau yang terkini. Di malam itu  nanti beliau akan membawa penonton menghayati beberapa peringkat perjalanan hidup yang banyak memberi makna sehinggalah menjadi seorang ibu. Read more →

(HIBURAN) Konsert Temptations Reloaded Live In Malaysia bersama Datuk Shah Rukh Khan

IMG_9115gmo

Ikon Bollywood terkenal Datuk Shah Rukh Khan bakal membuat persembahan pada 11 Oktober 2013 di Stadium Nasional Bukit Jalil bersempena Konsert Temptations Reloaded. Konsert yang dianjurkan 2Spicy Entertainment dan Hitman Solutions Sdn Bhd ini juga bakal membawa aktres Bollywood terkenal iaitu Madhuri Dixit serta penyanyi rap terkenal dan sensasi YO YO Honey Singh untuk bersama-sama memeriahkan pertunjukan tersebut. Menurut penganjur konsert, 2Spicy Entertainment dan Hitman Solutions Sdn Bhd , masih ada beberapa penambahan artis untuk konsert tersebut, namun masih belum mendapat lampu hijau untuk diperkenalkan pada pihak media. Penjualan tiket akan bermula pada 25 Ogos 2013 dan boleh didapati secaraonline di www.vip.my dan juga di kedai-kedai Rock Corner terpilih. Harga tiket bermula serendah RM99 sehingga RM1999. Read more →

(HIBURAN) Sidang Media Konsert Ning Baizura ‘Pelangi Untukmu’

DSC_3935

Ning Baizura, penyanyi bersuara lantang yang tersohor dan sangat terkenal dengan persembahan pentasnya telah pun bergelar seorang ibu kepada seorang bayi yang teramatlah comel. Ning dikategorikan antara penyanyi pop, soul dan R&B wanita terbaik di tanah air. Beliau telah memenangi hati peminat-peminatnya dengan bukan sekadar bakatnya sahaja, tetapi dengan pesonanya yang menyerlah serta sifat baiknya yang sangat dipandang tinggi. Dengan jumlah peminat melebihi 40,000, Ning sememangnya seorang ikon di Malaysia. Setelah penantian sekian lama, Ning akan kembali beraksi di sebuah konsert eksklusif selama 90 minit yang dijadualkan pada 21 September 2013, bertempat di TM Convention Centre. Read more →