Tag: Konsert

(HIBURAN) KONSERT METALASIA – THE RETURN OF METAL WARS : KALIFAH ALAM MAYA VS SILANTRA

The retrun of Metal warscrop

Kuala Lumpur, MALAYSIA – 30 Mei 2013: Setelah sekian lama menyepi, kumpulan terkenal metal tanah air Metalasia kini kembali dengan siri konsert mereka yang dahulu terkenal pada tahun 1999 iaitu Metal Wars. Kumpulan yang pernah memenangi album Hard Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2003 untuk album Silantra: Bermula Sebauh Epik juga tercalon untuk Susuanan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu 2004, akan menggegarkan tanah air dengan The Return Of Metal Wars – Khalifah Alam Maya Vs Silantra yang akan berlangsung pada 8 Jun 2013 (Sabtu) di Black Box Publika Solaris Dutamas Kuala Lumpur jam 8:00 malam pada harga RM 50. Read more →

(SEMASA) KONSERT MALAM AMAL BERSAMA 3 DIVA

COVER WEB LATESTLYcropMalam Amal Bersama Tiga Diva melibatkan Datuk Sharifah Aini, Datuk Khadijah Ibrahim dan Uji Rashid bakal menyaksikan ketiga-tiga penyanyi legenda itu beraksi buat pertama kali di atas pentas sama.  Bersempena Hari Ibu, tiga biduanita negara ini  akan membuat penampilan istimewa dengan menghiburkan ibu-ibu tunggal di majlis Malam Amal Bersama 3 Diva nanti. Majlis penghargaan untuk kaum ibu itu dianjurkan oleh Kaizen Asia seiring dengan pelancaran produk kosmetik keluaran Kaizen Cosmetics yang diberi nama ‘Anje’. Majlis itu akan berlangsung pada 12 Jun depan pada pukul 8 malam di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Read more →

(HIBURAN) “Around The World” bersama Mizz Nina

IMG_9779

KUALA LUMPUR  :  17 April  –  Mizz Nina akan mengadakan konsert pertama beliau iaitu  ‘Around The World Concert’ pada 18 Mei 2013 bertempat di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur. Konsert yang berdurasi selama 1 jam ini bakal digegarkan dengan penampilan istimewa penyanyi Korea, Jay Park.  Mizz Nina yang telah melakukan kolaborasi dengan penyanyi Korea, Jay Park dalam single terbarunya, Around The World itu bakal menampilkan penyanyi tersebut dalam konsert pertamanya dan ia disahkan sendiri oleh Mizz Nina semasa sidang media pada hari ini. Read more →

(HIBURAN) Konsert Extravanganza Jamal Abdillah – P.Ramlee dalam kenangan

Jamal_AbdillahGMO

Raja Pop Malaysia atau Jamal Abidllah bakal muncul kembali di pentas Panggung Sari , Istana Budaya , sempena Konsert Extravanganza Jamal Abdillah – P.Ramlee.  Konsert Extravanganza  Jamal Abdillah – P.Ramlee dalam kenangan itu akan berlangsung selama dua jam setiap malam selama empat malam berturut-turut bermula 30 & 31 Mei, 1 & 2 Jun depan. Read more →

(HIBURAN) Konsert Anuar Zain Beralih Arah ??

IMG_5034

Tinggal 12 hari lagi , konsert mega solo pertama bagi penyanyi tersohor Anuar Zain (Konsert 3 Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari : Anuar Zain ) berlangsung. Pihak media mendapat kejutan daripada pihak pengurusan Anuar Zain iaitu Anuar Zain Network Sdn Bhd, apabila dipanggil ke sidang media akhir yang telah berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam. Sidang media ini dibuat bagi mengumumkan perubahan terakhir yang akan berlaku membabitkan lokasi atau venue konsert penyanyi tersohor ini.

Read more →