Tag: KOTAK –

(HIBURAN) Siaran Media : Album Kompilasi – KOTAK TERBAIK

KOTAK

BERSEMPENA DENGAN PENGRILISAN ALBUM TERBAIK DI INDONESIA. KUMPULAN KOTAK TELAH MELAKUKAN KONSERT DI 8 TEMPAT DALAM TEMPOH 8 HARI DEMI PEMINAT KESAYANGAN MEREKA. KOTAK – TERBAIK

Kumpulan KOTAK ditubuhkan pada tahun 2004 di mana mereka menjadi juara di pertandingan Dream Band dan tahun ini merupakan tahun kesembilan KOTAK berada di persada muzik Indonesia. Kini, kelantangan suara Tantri, kehebatan ‘strum’ gitar daripada Cella dan bass daripada Chua boleh didapati di album terbaru KOTAK yang bertajuk TERBAIK. KOTAK yang telah popular di Indonesia ini telah mengeluarkan 4 album studio dengan beberapa pencapaian dan anugerah daripada Industri Muzik Indonesia dan Anugerah Planet Muzik. TERBAIK merupakan album yang harus dimiliki kerana ia merupakan kompilasi pertama yang merangkumi kesemua lagu-lagu hit daripada album KOTAK yang terdahulu dan juga beberapa buah lagu baru. Band yang berasal dari Jakarta ini juga memperjuangkan lagu-lagu berkonsepkan modern rock. Read more →