Tag: Kristal

(HIBURAN) Anugerah Blokbuster 2

IMG_9013

Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bakal menganjurkan Anugerah Blokbuster 2  dengan  kerjasama Astro Ria serta Radio ERA sebagai penyiar dan radio rasmi untuk anugerah berprestij ini. Majlis anugerah ini akan diadakan pada hari Sabtu , 15 Jun 2013, jam 9.00 malam bertempat di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bharu. Anugerah ini sekali lagi menggunakan system pemilihan daripada penonton yang diberi kuasa penuh kepada peminat untuk menentukan pemenangnya. Read more →

(HIBURAN) MANIFESTO Juara Versus Musim Ke 2

IMG_3261MANIFESTO yang merupakan gabungan vokalis TOMOK bersama kumpulan band indie MODREAD yang merupakan band projek telah menjadi juara konfrontasi terakhir VERSUS musim ke 2. Kumpulan ini menewaskan KYOTO PROTOCOL  pada “battle” terakhir dengan mendapat undian SMS tertinggi. MANIFESTO yang membawakan lagu battle daripada kumpulan rock otai XPDC yang bertajuk “Titian Perjalanan” merangkul hadiah wang tunai yang lumayan berjumlah RM200 ribu dengan menewaskan KYOTO PROTOCOL yang membawakan lagu C.I.N.T.A di pusingan battle terakhir dan juga 3 band lain iaitu KRISTAL, ESTRANGED dan OH CHENTAKU di peringkat awal. Setelah bertungkus lumus hampir 8 minggu, kelima-lima band ini buat kali terakhirnya membuat perhintungan dengan menyampaikan 2 jenis lagu iaitu MASH-UP (gabungan 2 lagu pilihan sendiri dan juri) serta LAGU BARU. Peminat-peminat VERSUS di Space U8 Shah Alam dihiburkan dengan 10 lagu iaitu Chill Brader dan Aku Cinta Padamu +Belaian Jiwa (ESTRANGED), Persoalan dan Awas + Peronda Jaket Biru (KRISTAL), Jelita dan Tiada Lagi Kidungmu + Rindu (KYOTO PROTOCOL) , Manifesto dan Biar Putih Tulang + Bukan Cinta Biasa (MANIFESTO) serta Seri Puteh dan Tamparan Wanita +Papa Jahat+Seindah Biasa (OH CHENTAKU). Di pentas akhir ini Datuk Hattan menjadi juri jemputan selain juri tetap Jennifer Thompson dan Loque serta kumpulan XPDC sebagai artis jemputan untuk minggu terakhir ini. Read more →

(HIBURAN) VERSUS musim ke 2 kembali dan lebih mantap

IMG_7781

VERSUS musim ke 2 kembali menemui peminat di TV9. Program realiti yang pernah memenangi  SHOUT AWARDS bagi kategori ‘ Fresh TV Series Award” tahun lepas ini bakal bersiaran pada setiap Jumaat, jam 9.30 malam bermula 5 April 2013 disaluran TV9. Read more →